ARKIB : 10/12/2008
PHUKET Penjaga gol kelahiran
Liverpool, Syed Adney Syed Hussein sedia memikul tugas penjaga gol utama
Malaysia apabila menentang Thailand dalam perlawanan penting Kejohanan Bola
Sepak Piala Suzuki AFF, hari ini.
Kesanggupan itu dibuat selepas
jurulatih negara, B. Sathianathan mempertimbangkan untuk merehatkan penjaga gol
nombor satunya, Mohd. Helmi Eliza Elias dalam perlawanan terakhir Kumpulan B
yang dianggap pertemuan hidup mati.
Kelmarin, penjaga gol Kedah itu
melakukan kesilapan besar yang menyebabkan pasukan negara tumpas 2-3 kepada
Vietnam.
Saya bersimpati dengan beliau
(Helmi) tetapi saya kena rebut peluang jika ia ada, kata Syed Adney, 22, yang
pernah menjalani ujian bersama kelab divisyen dua England, Darlington FC tahun
lepas.
Penjaga gol UPB FC-MyTeam itu,
yang pernah beraksi pada Sukan SEA 2007 berkata, dia yakin dapat mempamer aksi
yang baik jika dipilih oleh Sathianathan.
Dengan hanya mengutip tiga mata
hasil kemenangan 3-0 ke atas Laos, Malaysia perlu menang menang ke atas
Thailand dan pada masa yang sama berharap Vietnam tidak menjaringkan lebih
daripada tiga gol ke atas Laos.
Sathianathan berkata, walaupun
beliau belum memutuskan untuk memilih Syed Adney atau kekal dengan Helmi,
terdapat kemungkinan Helmi tidak tersenarai dalam kesebelasan utama kerana
tidak sempat untuk pulih daripada insiden malang itu.
Saya berbicara dengannya
(Helmi) pagi ini. Ia penting untuk berbicara dengan pemain dan tengok jika
keadaan fikiran mereka pulih... kesilapan seperti itu dan kritikan yang datang
boleh membunuh karier mereka, ujarnya.
Menurut Sathianathan, kesilapan
Helmi yang keluar dari gawangnya hingga membenarkan gol ketiga Vietnam boleh
berlaku kepada mana-mana penjaga gol.
Walaupun tidak menyalahkan
peminat Malaysia kerana kecewa dan marah dengan kesilapan tersebut, namun
Sathianathan menegaskan, penjaga gol Kedah itu konsisten dalam perlawanan
sebelum ini.
Katanya lagi, Helmi yang mula
menyarung jersi kebangsaan pada Jun 2008 dan dipilih sebagai Pemain Paling
Berharga dalam Liga Super, beraksi baik ketika menentang Chelsea, Pestabola
Merdeka dan beberapa perlawanan lain.
Dia adalah penjaga gol terbaik
negara... dia adalah pilihan peminat tetapi (malangnya) dia tersilap langkah
dalam perlawanan itu, katanya. (Lagi berita di muka 31)
Bernama
SUMBERArtikel Penuh:
http://ww1.utusan.com.my/utusan/info.asp?y=2008&dt=1210&pub=Utusan_Malaysia&sec=Sukan&pg=su_03.htm#ixzz51DsuiNEr
© Utusan Melayu (M) Bhd
Tiada ulasan:
Catat Ulasan