ARKIB : 23/09/2008
KUALA LUMPUR - Pasukan bawah 19
tahun negara, Harimau Muda tewas 2-4 kepada pasukan tuan rumah Vietnam dalam
perlawanan pertama kejohanan bola sepak Piala Antarabangsa Thanh Nien di
Stadium Tu Do di Wilayah Hue, semalam.
Pasukan bawah 21 Vietnam itu
mendahului seawal minit keenam menerusi jaringan Duc Thien tetapi Malaysia
menyamakan kedudukan 1-1 menerusi Ahmad Fakri Saarani dua minit kemudian.
Van Khai kemudian menjaring gol
kedua Vietnam dalam minit ke-20 menerusi Duc Thien yang turut membuat jaringan
ketiga Vietnam lima minit selepas itu.
T. Kavichelvan bingkas
menjaringkan gol buat Malaysia pada minit ke-29 untuk menjadikan kedudukan 3-2
yang kekal sehingga separuh masa pertama.
Namun, Vietnam memperolehi
sepakan penalti pada minit ke-63 di separuh masa kedua menerusi sepakan Van
Khai untuk menjadikan keputusan muktamad 4-2 yang memihak kepada tuan rumah.
"Kita tidak bermain baik
seperti sepatutnya. Saya terpaksa membuat perubahan untuk perlawanan kita
menentang Thailand selepas ini," kata ketua jurulatih, K. Rajagobal.
Malaysia bermain dalam Kumpulan
A bersama Thailand dan Vietnam sementara Kumpulan B terdiri daripada Myanmar,
Singapura dan Iran.
- Bernama
SUMBER-Artikel Penuh:
http://ww1.utusan.com.my/utusan/info.asp?y=2008&dt=0923&pub=Utusan_Malaysia&sec=Sukan&pg=su_05.htm#ixzz50Su69wLI
© Utusan Melayu (M) Bhd
Tiada ulasan:
Catat Ulasan