Ahad, 17 Disember 2017 | 7:57pm
PENJAGA gol skuad B-23 negara,
Ifwat Akmal Chek Kassim mahu rakan sepasukan mencipta kejutan pada Kejuaraan
B-23 Konfederasi Bolasepak Asia (AFC) 2018. - Foto Luqman Hakim Zubir
Ifwat mahu skuad B-23 lakar
kejutan
Syafiq Aznan
syafiq.aznan@nstp.com.my
SEPANG: Kejuaraan Bawah 23
(B-23) Tahun Konfederasi Bolasepak Asia (AFC) 2018 seharusnya menjadi peluang
terbaik kepada skuad negara membuktikan betapa mereka mampu menjadi pencabar
pada pentas berprestij benua Asia itu.
Justeru, penjaga gol skuad B-23
negara, Ifwat Akmal Chek Kassim mahukan rakan sepasukannya untuk mencipta
kejutan pada kejohanan itu sekali gus membuka mata penyokong bola sepak
tempatan terhadap kemampuan skuad muda negara.
"Ramai orang menyatakan
pasukan ini tidak boleh pergi jauh, apatah lagi diundi dalam kumpulan yang agak
sukar, jadi mungkin ini peluang yang terbaik untuk kami menepis tanggapan
mereka.
"Apapun, kami akan lakukan
yang terbaik demi negara dan dengan persiapan yang rapi menjelang kejohanan
itu, kami pasti dapat melakar keputusan yang memberangsangkan," katanya
ketika ditemui di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur 2 (KLIA2), malam
tadi.
Skuad muda negara terbang ke
Mokpo, Korea Selatan malam tadi untuk mengharungi kem latihan pusat selama dua
minggu sehingga 30 Disember dan bakal mengharungi tiga aksi persahabatan
bertemu Mokpo City (20 Disember), Jeonju University (22 Disember) dan Jeonju
Citizen (28 Disember).
Penjaga gol berusia 21 tahun
itu perlu bersaing dengan dua lagi penjaga gawang iaitu Haziq Nadzli (Johor
Darul Ta'zim) dan Ahmad Syihan Hazmi Mohamed (Negeri Sembilan) untuk menjadi
benteng terakhir pasukan.
Mengulas lanjut mengenai
saingannya itu, Ifwat mengakui dia perlu berusaha dengan lebih keras seandainya
mahu mendapat tempat dalam kesebelasan utama pasukan.
"Kehadiran mereka memberi
saingan yang sihat dan saya akui tiada jaminan untuk saya menjadi penjaga gol
utama. Ini kerana Haziq dan Syihan juga memiliki kelebihan masing-masing.
"Siapa pun yang diturunkan
bukan satu masalah kerana saya yakin kami akan tetap memberikan persembahan
yang terbaik demi membantu pasukan mencapai kemenangan," katanya.
SUMBER BERITA HARIAN ONLINE Ahad,
17 Disember 2017 | 7:57pm
Tiada ulasan:
Catat Ulasan