ARKIB : 21/01/2009
Oleh ABDUL HAFIZ AHMAD
hafiz.ahmad@utusan.com.my
PETALING JAYA Jurulatih
negara, B. Sathianathan (gambar) menggugurkan dua lagi pemain, Fadzli Saari dan
Baddrol Bakhtiar daripada senarai 18 terakhir bagi menghadapi Emiriah Arab
Bersatu (UAE) dalam perlawanan bola sepak Kumpulan C Kelayakan Piala Asia 2011,
malam ini.
Katanya, keputusan menggugurkan
pemain tengah KL PLUS dan sayap kanan Kedah itu bukan bererti mereka tidak
bagus tetapi hasil ujian kecergasan mendapati kedua-duanya tidak mencapai tahap
yang dikehendaki bagi bermain pa
da perlawanan antarabangsa.
Farizal Marlias pula
diletakkan sebagai simpanan jika sebarang kejadian berlaku kepada dua penjaga
gol utama kita, Syamsuri Mustafa dan Syed Adney Syed Hussein, katanya pada
sidang akhbar di Wisma FAM, Kelana Jaya, semalam.
Menurut Sathianathan, ujian
berkenaan turut mengesan hanya tiga pemain negara yang mencapai tahap cemerlang
untuk menyertai perlawanan antarabangsa yang setaraf aksi sulung kelayakan
menentang UAE di Stadium Bola Sepak Kuala Lumpur.
Saya tidak boleh dedah siapa
yang berkenaan tetapi saya tidak akan menjadikan alasan pemain kurang cergas
dengan sebarang keputusan perlawanan itu nanti. Saya tahu Liga Malaysia baru
bermula dan mungkin ada jurulatih yang tidak mahu pemainnya memuncak terlalu
awal.
Namun, jika pemain mengekalkan
disiplin dan mematuhi arahan serta berjuang habis-habisan apatah lagi dengan
kelebihan bermain di gelanggang sendiri, saya percaya kami masih mempunyai
peluang untuk menang, ujarnya.
Katanya, UAE diakui mempunyai
serba-serbi kelebihan terutama dari segi ranking dunia, tahap persediaan dan
kemampuan pemain tetapi ia tidak bererti mereka tidak boleh diatasi.
Memang pengaruhnya di padang
tidak akan setanding ketua pasukan asal, Shukor Adan (digugurkan kerana
kecederaan) yang bagi saya umpama jeneral yang sering dihormati rakan sepasukan
dan sentiasa konsisten serta berani merebut bola.
Dalam posisi lama Shukor, saya
harapkan Indra Putra Mahayuddin mampu mengulangi aksi cemerlang seperti ketika
Piala Suzuki AFF, bulan lalu dan dibantu oleh Hardi dengan kepintarannya dalam
mengemudikan bahagian tengah bertahan itu, katanya.
Sementara itu, Hardi yang
diberi kepercayaan di posisi baru tersebut, mengakui rentak pasukan bakal
berbeza tanpa Shukor tetapi yakin dia mampu menjayakan tugas itu seperti mana
ketika beraksi dengan Selangor dalam Liga Super, baru-baru ini.
Saya dan Indra akan menilai
keadaan perlawanan dengan UAE untuk bertindak sama ada secara bertahan atau
menyerang dari situ. Memang lawan mempunyai pemain yang bersaiz lebih besar
tetapi bagi saya, ia bukan masalah besar.
Kami turut mengintai dan
berjanji untuk memanfaatkan sekiranya muncul sebarang peluang yang boleh
menghasilkan gol menerusi gerakan bola mati (sepakan bebas atau sepakan sudut),
katanya.
SUMBERArtikel Penuh: http://ww1.utusan.com.my/utusan/info.asp?y=2009&dt=0121&pub=Utusan_Malaysia&sec=Sukan&pg=su_03.htm#ixzz51WLz5rtO
© Utusan Melayu (M) Bhd
Tiada ulasan:
Catat Ulasan