Khamis, 14 Disember 2017

Malaysia kenduri gol

ARKIB : 15/12/2008
Oleh FERZALFIE FAUZI
BANGI - Malaysia tidak menghadapi masalah dalam perlawanan pertama acara bola sepak Kumpulan A Sukan Universiti ASEAN (AUG) ke-14 selepas membelasah Timor Leste 10-0 di Pusat Latihan Maybank semalam.

Malam yang serba menjadi buat Malaysia apabila pada separuh masa pertama sahaja berjaya menjaringkan enam gol dengan tiga darinya disumbangkan oleh ketua pasukan Haris Safwan Kamal pada minit ke-7, 23 dan 24.

Baki empat lagi gol Malaysia disumbangkan Mohizam Shah Dawood Shah minit ke-25 dan 60, Khairul Izwan Khalid minit ke-19 dan 85 Abdul Ghani Abdul Rahman minit ke-9 dan 90 serta Mohd. Norhafizzuan Jailani minit ke-80.

Gerakan Malaysia banyak direncanakan oleh pemain KL Plus Reshafiq Alwi dan Haris sambil dibantu oleh Norhafizzuan.

Menurut jurulatih Azman Eusoff, dia tidak menjangkakan akan menang dengan jaringan besar serta tidak melakukan apa-apa strategi tertentu cuma memberikan kebebasan kepada pemainnya di atas padang.

''Apa pun ujian sebenar kami ialah menentang Thailand esok tetapi saya tidak bersyukur dan berpuas hati dengan kemenangan yang dicatatkan ini," kata bekas jurulatih Kedah itu.

Esok Malaysia akan menentang Thailand yang menumbangkan Timor Leste 4-0 Jumaat lalu.
SUMBERArtikel Penuh: http://ww1.utusan.com.my/utusan/info.asp?y=2008&dt=1215&pub=Utusan_Malaysia&sec=Sukan&pg=su_07.htm#ixzz51EOBosKG

© Utusan Melayu (M) Bh

Tiada ulasan:

Catat Ulasan