Khamis, 14 Disember 2017

Cari pemain yang bagus Ghani

ARKIB : 12/12/2008
KUALA LUMPUR - Kalau Raja Bola, Datuk Ghani Minhat sendiri sudah memberi pandangan agar mencari pemain lain untuk wakili pasukan kebangsaan ini, bermakna sukan bola sepak negara kini di tahap kritikal.

Menurut Ghani, pemain yang akan mewakili skuad kebangsaan perlulah yang betul-betul bagus, kalau tidak jurulatih perlu melatih pemain itu menjadi yang terhebat dan mampu memberi saingan kepada pasukan lain.

‘‘Pemain yang baik pula bukan hanya bagus dari segi permainan tetapi perlu memiliki kemahiran tipu helah tetapi ia tidak cukup setakat seorang dua pemain sahaja,’’ katanya ketika dihubungi Utusan Malaysia, semalam bagi mengulas prestasi buruk negara dalam Kejohanan Piala Suzuki AFF.

Jelasnya, pasukan yang kuat mampu menjaringkan gol, kalau tidak berjaya menjaringkan gol bermakna pasukan itu tidak kuat.

Berita lanjut, sila rujuk edisi cetakan Utusan Malaysia atau langgani e-Paper di http://ebrowse.bluehyppo.com
SUMBER-Artikel Penuh: http://ww1.utusan.com.my/utusan/info.asp?y=2008&dt=1212&pub=Utusan_Malaysia&sec=Sukan&pg=su_01.htm#ixzz51DxPynse

© Utusan Melayu (M) Bhd

Tiada ulasan:

Catat Ulasan