Isnin, 18 Disember 2017

‘Skuad mantap perlu masa’

ARKIB : 30/01/2009
Oleh ABDUL HAFIZ AHMAD
hafiz.ahmad@utusan.com.my
KUALA LUMPUR – Dua jurulatih asing yang mengendalikan dua pasukan Liga Malaysia, Sarawak dan UPB-MyTeam masing-masing menegaskan bahawa sesebuah pasukan kebangsaan hanya mampu menikmati kejayaan besar sekiranya pembangunan bola sepak belia sentiasa dititikberatkan.

Mereka turut menyeru semua pihak yang sentiasa mengecam Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM), pemain mahupun jurulatih setiap kali skuad Malaysia kecundang pada kejohanan antarabangsa, supaya bersabar untuk melihat hasilnya dalam satu jangka masa yang panjang dan tidak sesekali mengharapkan kejayaan datang sekelip mata.

Sebagai contoh, Robert Alberts yang kini melatih Sarawak dalam Liga Perdana mempunyai pandangan tersendiri.

“Saya sendiri pernah membentangkan rangka kerja (road map) untuk pembangunan bola sepak Malaysia termasuk pasukan kebangsaan kepada FAM bagi jangka masa dari 2006 hingga 2038 dengan keutamaannya ialah peringkat belia.

“Rangka kerja itu setebal 200 muka dan mengandungi tiga peringkat pembangunan bola sepak dan cadangan pendedahan antarabangsa bagi setiap pasukan bawah umur sebelum menuju pasukan utama kebangsaan,” katanya yang pernah bertugas sebagai Pengarah Teknikal FAM kepada Utusan Malaysia di sini, semalam.
sumberArtikel Penuh: http://ww1.utusan.com.my/utusan/info.asp?y=2009&dt=0130&pub=Utusan_Malaysia&sec=Sukan&pg=su_01.htm#ixzz51bC4qf9h

© Utusan Melayu (M) Bhd

Tiada ulasan:

Catat Ulasan