Sabtu, 18 Mac 2017

Gambaran jelas barisan utama


 

ARKIB : 16/06/2001
DUA pemain senior kebangsaan, B. Rajinikandh (terjatuh) dan Leong Hong Seng (kanan) mengasak seorang pemain bawah 23 pada aksi persahabatan di Wisma FAM, semalam. Skuad bawah 23 menang 2-1. - Gambar HALIM KHALID.

JURULATIH negara, Allan Harris sudah dapat membayangkan kesebelasan utama yang bakal memikul cabaran Malaysia pada Pestabola Merdeka selepas skuad negara diaibkan dengan kekalahan kedua 2-1 kepada skuad bawah 23 kebangsaan pada perlawanan persahabatan di Wisma FAM, Kelana Jaya, semalam.

Skuad bawah 23 yang meraih kemenangan 4-3 pada pertemuan terdahulu, memulakan aksi cemerlang menerusi Mohd. Nizaruddin Yusoff seawal minit pertama pertama, sebelum Mohd. Khalid Jamlus menyamakan kedudukan pada minit ke-28.

Begitupun, gawang skuad yang dikawal penjaga gol gantian Hamsani Ahmad sekali lagi dibolosi oleh Khairuddin Omar pada minit ke-71.

``Keputusan perlawanan tidak penting, tetapi saya sudah mendapat gambaran tentang pemain yang bakal mewakili negara untuk senarai akhir Selasa ini.

``Saya berpuas hati dengan tahap permainan yang ditunjukkan, walaupun masih sukar mendapatkan pemain pertahanan yang benar-benar mantap,'' kata Harris selepas perlawanan.

Sumber-Artikel Penuh: http://ww1.utusan.com.my/utusan/info.asp?y=2001&dt=0616&pub=Utusan_Malaysia&sec=Sukan&pg=su_02.htm#ixzz4besypZ00 © Utusan Melayu (M) Bhd

Tiada ulasan:

Catat Ulasan