Sabtu, 11 Mac 2017

Malaysia tangga ke-104 dunia

ARKIB : 08/09/2000
KEJAYAAN muncul naib juara Pestabola Merdeka bulan lepas membantu pasukan bola sepak kebangsaan naik lapan anak tangga untuk berada di tempat ke-104 ranking terbaru dunia.

Ranking terbaru yang dikeluarkan oleh FIFA semalam menunjukkan Malaysia memungut 12 mata daripada satu kemenangan, satu seri dan satu kalah pada Pestabola untuk mengumpul 376 mata. Malaysia mendapat tempat kedua pada Pestabola Merdeka apabila kalah 2-0 kepada New Zealand pada perlawanan akhir.

Malaysia juga melonjak empat tangga kepada kedudukan ke-15 ranking Asia, melepasi Singapura (105), Oman (108), Lebanon (110) dan Vietnam (111).

Korea Selatan masih di tempat teratas Asia dengan 563 mata dan ke-42 di dunia, diikuti Iran (44) dan Jepun (50).

Sumber-Artikel Penuh: http://ww1.utusan.com.my/utusan/info.asp?y=2000&dt=0908&pub=Utusan_Malaysia&sec=Sukan&pg=sp_10.htm#ixzz4b0Oay200 © Utusan Melayu (M) Bhd

Tiada ulasan:

Catat Ulasan