Sabtu, 12 November 2016

Zaquan sedia diuji esok

ROZAIDI ZULKIFLI  |  13 November 2016 12:17 AM
Zaquan ADHA ABDUL RADZAKbersedia untuk memperkuatkan barisan hadapan
ZAQUAN ADHA ABDUL RADZAKbersedia untuk memperkuatkan barisan hadapan Harimau Malaysia yang akan menentang Papua New Guinea di Shah Alam esok.
KUALA LUMPUR 12 Nov. - Penyerang Harimau Malaysia, Zaquan Adha Abd. Radzak bersedia menjadi sebahagian daripada barisan hadapan skuad negara dalam perlawanan menentang Papua New Guinea (PNG) di Stadium Shah Alam Isnin depan.
Perlawanan itu adalah aksi pemanas badan terakhir sebelum skuad yang dibimbing Datuk Ong Kim Swee mengharungi kempen Piala AFF seminggu kemudian.
Pemain sayap kanan itu menegaskan bahawa dia masih berupaya untuk mempamerkan persembahan lebih positif bersama skuad Harimau Malaysia jika diberikan kepercayaan oleh Kim Swee.
Pemain Johor Darul Ta’zim II itu juga melahirkan keyakinannya bahawa prestasinya masih bagus tetapi mengakui perlu be­kerja keras untuk meningkatkan tahap staminanya.
“Bagi saya secara peribadi, saya masih lagi belum berpuas hati dengan prestasi saya ketika perlawanan menentang skuad Projek Sukan SEA 2017 kerana saya boleh buat lebih baik daripada itu.
“Momentum, stamina dan keyakinan saya berada dalam keadaan yang baik dan saya telah bersedia beri yang terbaik sekiranya diturunkan oleh jurulatih (Datuk Ong Kim Swee) nanti dalam perlawanan tersebut (menentang PNG).
“Cuma saya perlu meningkatkan lagi tahap kecergasan saya kerana seperti yang semua tahu seorang pemain sayap memerlukan stamina yang tinggi untuk melancarkan serangan dan turun membantu pertahanan.
“Saya rasa dari segi itu saya masih kekurangan dan perlu tingkatkan lagi,” katanya.
Mengulas mengenai perlawanan persahabatan menentang PNG, Zaquan, yang turut boleh beraksi sebagai penyerang te­ngah, mengakui tekanan tinggi dirasai oleh mereka sepasukan kerana peminat pastinya mahu melihat keupayaan skuad negara sebelum memulakan kempen Pia­la AFF pada 20 November.
“Saya merasakan tekanan tinggi dirasai kerana peminat mahu melihat tahap keupayaan kita sebelum kejohanan Piala AFF.
“Jadi benda-benda macam ini kita perlukan pengalaman dan harus membantu antara satu sama lain serta bermain dalam satu pasukan,” jelasnya

-sumber- See more at: https://www.utusan.com.my/sukan/bola-sepak/zaquan-sedia-diuji-esok-1.406702#sthash.MjSvjnZM.dpuf

Tiada ulasan:

Catat Ulasan