Sabtu, 12 November 2016

Piala Dunhill di Vietnam -- Malaysia bertemu Bulgaria dipembukaan

ARKIB : 23/01/1999
SELEPAS jadual asal diubah berikutan penarikan Myanmar, Malaysia kini akan bertemu dengan pasukan Piala Dunia Bulgaria pada perlawanan pembukaan Kejohanan Bola Sepak Piala Dunhill Kedua di Bandaraya Ho Chi Minh, Vietnam, bermula minggu depan.

Bulgaria, yang tidak menyerlah pada pusingan akhir Piala Dunia di Perancis tahun lepas, adalah pasukan gantian selepas Myanmar merupakan pasukan kedua menarik diri daripada pertandingan itu dari 29 Jan hingga 7 Febuari ini.

Sebelum itu, Poland juga menarik diri dan digantikan oleh Iran.

Jadual baru yang dikeluarkan oleh pihak penganjur di Kuala Lumpur semalam, selain Bulgaria, Malaysia kini akan bertemu dengan juara bertahan China dan Korea Selatan dalam kumpulan yang sama.

Malaysia melawan Bulgaria pada 30 Januari diikuti Korea Selatan (1 Feb) dan China pada 3 Febuari. Sebuah lagi kumpulan terdiri daripada pasukan Rusia, Iran, Vietnam dan Singapura.

Dua pasukan teratas dalam setiap kumpulan akan layak ke peringkat separuh akhir.

Perlawanan pembukaan pada 29 Januari ini adalah di antara Rusia bertemu pemenang pingat emas Sukan Asia, Iran dan satu lagi perlawanan pada hari yang sama antara tuan rumah Vietnam menentang Singapura.

Pada jadual asal sebelum ini, Malaysia tersenarai bersama Singapura, Korea Selatan dan Rusia manakala satu kumpulan terdiri daripada Vietnam, Myanmar, China dan Iran.

Jadual Baru
Kumpulan 1: Rusia, Iran, Vietnam, Singapura.

Kumpulan 2: MALAYSIA, Bulgaria, Korea Selatan, China.

29 Jan: Rusia lwn Iran (jam 1700); Vietnam lwn Singapura (jam 1945)

30 Jan: MALAYSIA lwn Bulgaria (jam 1700); Korea Selatan mn China (jam 1945)

31 Jan: Vietnam lwn Russia (jam 1700); Singapura lwn Iran (jam 1945)

1 Feb: MALAYSIA lwn Korea Selatan (jam 1700); Bulgaria mn China (jam 1945)

2 Feb: Singapura lwn Rusia (jam 1700); Vietnam lwn Iran (jam 1945)

3 Feb: Bulgaria lwn Korea Selatan (jam 1700); China lwn MALAYSIA (jam 1945)

4 Feb: REHAT

5 Feb: Separuh Akhir 1 (jam 1630); Separuh Akhir 2 (jam 1945)

6 Feb: REHAT

7 Feb: Perlawanan Akhir (jam 1630).

(Nota: Masa tercatat adalah waktu tempatan. Malaysia adalah sejam lebih awal daripada waktu di Bandaraya Ho Chi Minh). - Bernama

Sumber-Artikel Penuh: http://ww1.utusan.com.my/utusan/info.asp?y=1999&dt=0123&pub=Utusan_Malaysia&sec=Sukan&pg=sp_02.htm#ixzz4PoVZx1eM © Utusan Melayu (M) Bhd

Tiada ulasan:

Catat Ulasan