Rabu, 2 November 2016

SKUAD kebangsaan akan beraksi di waktu petang pada peringkat kumpulan.

Aziman Rosdi
aziman@hmetro.com.my
 
Petaling Jaya: Cuaca panas dijangka bakal mencetuskan masalah kepada skuad Harimau Malaysia yang dijadualkan beraksi jam 3 petang (4.30 petang waktu Malaysia) dalam kempen peringkat Kumpulan B Piala AFF di Yangon, Myanmar, 20 November ini.

Bagaimanapun, pengendali kebangsaan Datuk Ong Kim Swee sudah merangka persiapan terbaik untuk anak buahnya bagi menghadapi bahang saingan itu.

“Kemungkinan minggu depan kita akan berlatih jam 3 petang untuk sesuaikan diri dengan waktu perlawanan di Yangon. Perlawanan persahabatan dengan Papua New Guinea (pada 14 November) juga akan diadakan jam 3 petang di Stadium Shah Alam.

“Cuaca di Yangon panas, jadi kita bukan saja kena bersedia dari segi cuaca tapi beberapa aspek lain di hari perlawanan,” katanya kepada pemberita selepas sesi latihan skuad kebangsaan semalam.

Skuad Harimau Malaysia akan memulakan kempen peringkat kumpulan dengan menentang Kemboja pada 20 November, diikuti pertemuan dengan Vietnam (23 November) dan pasukan tuan rumah (26 November).

Dapatkan akhbar Harian Metro untuk berita selanjutnya.

SUMBER-Artikel ini disiarkan pada : Rabu, 2 November 2016 @ 8:46 AM

Tiada ulasan:

Catat Ulasan