Isnin, 31 Oktober 2016

Rizal harap mampu pikat Kim Swee

WARTAWAN SINAR HARIAN
1 NOVEMBER 2016
Rizal harap mampu pikat Kim Swee
Rizal harap mampu pikat Kim Swee Rizal (kiri) muncul pemain terbaik aksi final Piala Malaysia 2016. - FOTO SHARIFUDIN ABDUL RAHIM
PEMAIN pertahanan Kedah, Mohd Rizal Mohd Ghazali menaruh harapan untuk berada dalam skuad Harimau Malaysia ke Piala AFF Suzuki bulan depan selepas membantu Kedah menjulang Piala Malaysia dengan menewaskan Selangor, kelmarin.

Rizal berharap persembahan baiknya itu mampu memikat hati Datuk Ong Kim Swee untuk membolehkannya beraksi di pentas Piala AFF yang akan berlangsung di Yangon, Myanmar.

Rizal antara 26 pemain yang disenaraikan untuk menyertai kem latihan pusat terakhir sebelum senarai 23 pemain terakhir dipilih Kim Swee bagi menghadapi aksi Kumpulan B saingan Piala AFF yang akan bermula pada 19 November.

“Mengenai pasukan kebangsaan, saya harap akan ada rezeki untuk sertai," katanya,

Pada aksi di Stadium Shah Alam itu, Rizal muncul wira Kedah apabila meledak gol tunggal pasukannya sebelum menyempurnakan sepakan penalti kemenangan untuk menghadiahkan kejuaraan Piala Malaysia kelima Lang Merah dan yang pertama selepas lapan tahun.

Kedah menjulang Piala Malaysia 2016 selepas menewaskan Selangor 6-5 menerusi penentuan sepakan penalti selepas kedua-dua pasukan terikat 1-1 sepanjang 120 minit perlawanan.

Mengulas mengenai kemenangan pasukannya, Rizal yang dipilih sebagai pemain terbaik perlawanan menganggap semua pemain Lang Merah bermain sebagai satu pasukan dan mengikut arahan jurulatih.

“Sebenarnya jaringan saya semalam memang tak dijangka. Apa pun, saya sangat puas hati dengan aksi yang dipamerkan.

"Saya ingin ucapkan terima kasih kepada semua penyokong Kedah kerana memberikan sokongan padu.

"Mengenai pujian jurulatih, bagi saya, saya hanya mengikut semua arahan dan taktikal daripada jurulatih. Bukan sahaja saya, tetapi semua pemain mengikut arahannya," katanya lagi.

SUMBER-SINAR HARIAN ONLINE 1 NOVEMBER 2016

Tiada ulasan:

Catat Ulasan