Oleh Mohamad Zulfaizan Mansor
zulfaizan@bh.com.my
MAT Yo (kanan) bersama Fadhli Shas (kiri) dan Zaquan Adha
Abd Radzak (tengah) ketika menjalani latihan di Wisma FAM, semalam. - Foto
Saifullizan Tamadi
KELANA JAYA: Penyerang
berpengalaman, Norshahrul Idlan Talaha bakal mendapatkan kembali sentuhan
berbisanya selepas barisan kejurulatihan skuad kebangsaan serius mengadakan
program khas buat pemain Terengganu itu.
Ketua jurulatih Harimau
Malaysia, Datuk Ong Kim Swee menjelaskan Norshahrul atau Mat Yo giat menjalani
latihan bersama jurulatih kecergasan, Reuben Jude Balraj dalam usaha
meningkatkan kecergasannya pada tahap tertinggi.
"Mat Yo menjalani latihan khas sebelah
pagi dan selalu melakukan latihan tambahan bersama Reuben. "Sudah tentu
Mat Yo perlu banyak masa, sama ada bermain atau tidak di Singapura (Jumaat
ini), yang penting dia dapat kembalikan kecergasan dan mempertajamkan semula
sentuhannya.
"Dia menunjukkan
kesungguhan yang tinggi. Bukan saja dia, tapi kesemua pemain yang dipanggil
memberi komitmen yang cukup baik ketika latihan," kata Kim Swee kepada
pemberita pada sesi latihan, hari ini.
Sentuhan Mat Yo sebelum ini sangat digeruni lawan
terutama ketika digandingkan bersama Safee Sali yang menyaksikan Malaysia
menjuarai Piala AFF Suzuki pada 2010. Selepas beberapa kali terlepas dari
panggilan skuad kebangsaan, Kim Swee bagaimanapun bertekad menyenaraikan pemain
berusia 30 tahun itu untuk perlawanan persahabatan dengan Singapura dan
Afghanistan (Selasa ini) biarpun sedar kecergasannya belum berada pada tahap
terbaik.
Kim Swee hanya akan membawa 25
daripada 30 pemain ke Singapura dan mengakui masih belum mempunyai bayangan
penuh barisan kesebelasan utama untuk perlawanan persahabatan itu nanti.
"Hanya semalam kita baru
mendapat satu sesi latihan dengan semua pemain melaporkan diri dan saya mencuba
beberapa kombinasi. "Hari ini saya akan cuba lagi, termasuk esok apabila
berlatih di Singapura dan saya akan menamakan kesebelasan terbaik sebelum
perlawanan dengan Singapura nanti," katanya.
SUMBER-Selanjutnya di :
http://www.bharian.com.my/node/198900
Tiada ulasan:
Catat Ulasan