Pemain Malaysia B22, Muhd
Syafiq Ahmad bersaing dengan pemain Brunei Darussalam, Hairol Azaman Shah
Abdullah (kanan) pada perlawanan persahabatan antarabangsa di Stadium Tuanku
Abdul Rahman, Paroi. NSTP/HAZREEN MOHAMAD
Aziman Rosdi
aziman@hmetro.com.my
Seremban: Skuad bawah 22 tahun
negara (B-22) meneruskan rentak kemenangan dengan mengatasi Brunei 1-0 dalam
aksi persahabatan antarabangsa di Stadium Tuanku Abdul Rahman Paroi sebentar
tadi.
Ia kemenangan kedua skuad kendalian
Frank Berhardt itu yang turut dikenali sebagai Skuad Projek Sukan SEA 2017
selepas menewaskan Brunei 2-0 dalam pertemuan pertama juga di venue sama Khamis
lalu.
Penyerang Kedah Syafiq Ahmad
yang meledak dua gol dalam perlawanan itu sekali lagi mencuri tumpuan dengan
menjaringkan gol pertama pada minit ke-11.
Malaysia hampir menambah gol
kedua pada minit ke-35 namun Muhd Danial Ashraf Abdullah gagal menolak bola
hantaran lintang Mohd Zarulizwan Mazlan di depan gol.
Babak kedua agak hambar dengan
kedua-dua pasukan buntu menghasilkan jaringan sekali gus menjadikan kedudukan
kekal 1-0 untuk kemenangan skuad muda negara.
SUMBER-Artikel ini disiarkan
pada : Sabtu, 8 Oktober 2016 @ 7:25 PM
Tiada ulasan:
Catat Ulasan