Skuad Kim Swee diikat
Pemain Malaysia, Matthew Davies
(kiri) diasak pemain Afghanistan Masih Saighani pada perlawanan persahabatan di
Stadium Shah Alam. FOTO NSTP/OSMAN ADNAN
Aziman Rosdi
aziman@hmetro.com.my
Shah Alam: Skuad Harimau Malaysia
sekadar mencatat keputusan seri 1-1 menentang Afghanistan dalam aksi
persahabatan antarabangsa di Stadium Shah Alam malam ini.
Afghanistan yang menduduki
ranking ke-149 dunia mendahului 1-0 minit ke-21 menerusi rembatan Noarollah
Amiri selepas situasi kelam kabut di depan pintu gol negara.
Harimau Malaysia (ranking 158)
bagaimanapun berjaya mengikat kedudukan 1-1 menerusi jaringan pemain sayap
gantian Muhammad Hadin Azman pada penghujung babak pertama.
Malaysia hampir menambah
jaringan pada minit ke-79 namun percubaan kapten Baddrol Bakhtiar berjaya
diselamatkan penjaga gol Ovays Azizi.
Skuad kendalian Kim Swee akan
mengadakan ujian terakhir menentang Papua New Guinea dalam satu lagi aksi
persahabatan bulan depan sebelum memulakan kempen Piala AFF Kumpulan B
membabitkan tuan rumah Myanmar, Vietnam dan satu lagi pasukan dari pusingan
kelayakan.
SUMBER-Artikel ini disiarkan
pada : Selasa, 11 Oktober 2016 @ 11:25 PM
Tiada ulasan:
Catat Ulasan