MUHAMMAD ZAKWAN NAZARALY
9 OKTOBER 2016
Presiden Persatuan Jurulatih
Bola Sepak Malaysia (PJBSM), B Sathianathan Sathianathan
Kurang pengalaman punca buntu
KURANGNYA pengalaman dan
pendedahan di peringkat antarabangsa menyebabkan pasukan Harimau Malaysia gagal
memberikan aksi terbaik dan buntu mencipta jaringan dalam perlawanan
persahabatan menentang Singapura, kata Presiden Persatuan Jurulatih Bola Sepak
Malaysia (PJBSM), B Sathianathan, lapor MUHAMMAD ZAKWAN NAZARALY.
Menurutnya, skuad negara
rata-rata dibarisi pemain yang sebelum ini belum pernah bermain di peringkat
antarabangsa berbanding pemain Singapura yang telah bermain sebagai satu
pasukan sejak 2007.
“Rata-rata pemain Singapura
saya kenal sejak 2007 dan mereka telah bermain lama bukan dua atau tiga tahun.
Kerana itu, mereka mempunyai lebih pengalaman berbanding pasukan negara.
“Lihatlah bagaimana mereka
menguasai permainan dan kita hanya mengharapkan kepada beberapa tonggak senior
seperti Amri Yahyah, Norshahrul Idlan Talaha dan Mohd Zaquan Adha Abdul Radzak.
“Jadi saya tidak terkejut jika
kita hanya mampu seri menentang Singapura. Cuma yang saya puji adalah semangat mereka
untuk bertahan dan tidak mahu kalah. Itu saya puji,” katanya.
Justeru, Sathianatahan
mengandaikan pengendali skuad Harimau Malaysia, Datuk Ong Kim Swee mempunyai
kerja cukup berat dalam memastikan pasukannya cukup bersedia bagi menghadapi
Piala AFF Suzuki tahun ini.
Tambahnya lagi, dia melihat
banyak kelemahan bukan sahaja ketumpulan di bahagian serangan, tetapi juga
kurang kreativiti di bahagian tengah dan beberapa aspek yang perlu diperbaiki
di bahagian pertahanan.
“Kalau kita tengok, pemain takut-takut
untuk pegang bola. Bagi saya mereka bermain dalam tekanan. Untuk mengatasinya,
saya kira Kim Swee perlu segera mencari kemenangan pertama buat skuad negara.
Ia paling penting untuk meredakan tekanan pemain,” katanya.
SUMBER-SINAR HARIAN ON LINE 9
OKTOBER 2016
Tiada ulasan:
Catat Ulasan