HADIN (kiri) jaring gol tunggal
negara.
myMetro
Kuala Lumpur: Pemain muda
Muhammad Hadin Azman tidak memerlukan banyak masa untuk melakukan impak bersama
skuad Harimau Malaysia apabila menjadi penyelamat dengan menjaringkan gol
penyamaan ketika seri 1-1 dengan Afghanistan dalam perlawanan persahabatan antarabangsa
kelmarin.
Aksi Hadin, 22, yang masuk
sebagai pemain gantian pada penampilan pertama menentang Singapura minggu lalu
nampak tenggelam namun dia tidak mensia-siakan peluang apabila diturunkan
jurulatih Datuk Ong Kim Swee bagi menggantikan Syazwan Zainon yang mengalami
kecederaan pada minit ke-19 dalam aksi di Stadium Shah Alam itu.
Pemain sayap FELDA United
berkenaan melonjak tinggi bagi melepasi kawalan dua pertahanan Afghanistan
untuk menanduk masuk bola hantaran Matthew Davies pada penghujung babak
pertama.
Meskipun gembira dengan gol
pertama dalam kariernya bersama Harimau Malaysia, Hadin tetap kecewa kerana
gagal membantu kemenangan skuad negara.
“Saya kecewa kerana gagal
membantu pasukan negara mencatatkan kemenangan tetapi pada masa sama, saya
bangga dapat menjaringkan gol pertama bersama Harimau Malaysia.
“Apapun, tanpa bantuan
rakan-rakan sepasukan dan komitmen yang tinggi, saya tidak mungkin mampu
menjaringkan gol itu. Keputusan malam ini (kelmarin) bukanlah satu perkara yang
negatif,” katanya.
Jelas posisi sayap kiri kini
bakal menjadi rebutan Hadin dan seorang lagi pemain muda Safawi Rashid malah
persaingan mungkin akan bertambah sengit jika Kim Swee turut menyenaraikan Wan
Zack Haikal Wan Noor dan Azamuddin Akil dalam skuad terakhir ke Piala AFF di
Yangon, Myanmar bulan depan.
“Gol itu menyuntik semangat
saya untuk bermain dengan pasukan kebangsaan. Jika terpilih, sudah tentu saya
mahu memberikan aksi lebih baik. Sama ada saya menjaringkan gol atau tidak, itu
tidak penting tetapi ia lebih kepada motivasi peribadi saja kerana yang penting
adalah kemenangan pasukan,” katanya.
SUMBER-Artikel ini disiarkan
pada : Khamis, 13 Oktober 2016 @ 11:04 AM
Tiada ulasan:
Catat Ulasan