Aziman Rosdi
aziman@hmetro.com.my
Petaling Jaya: Jurulatih
Harimau Malaysia Datuk Ong Kim Swee membuat keputusan berani dengan
mengetepikan penjaga gol nombor satu negara Khairul Fahmi Che Mat (gambar) bagi
aksi persahabatan antarabangsa menentang Singapura pada Jumaat ini.
Khairul Fahmi atau turut
dikenali sebagai Apek antara lima pemain yang tidak berada dalam senarai 25
pemain termasuk Mathhew Davies, Ronny Harun, Mohamad Nasir Basharudin dan Ahmad
Khuzaimi Piee.
Ketiadaan penjaga gol Kelantan
itu memberi ruang kepada pemain Selangor Khairulazhan Khalid serta Hafizul
Hakim Khairul Nizam Jothy dari Perak yang tidak pernah beraksi di pentas
antarabangsa sebelum ini.
“Saya tidak membawa Khairul ke
Singapura kerana ingin memberi peluang kepada dua lagi penjaga gol, sama ada
Khairulazhan dan Hafizul Hakim beraksi. Khuzaimi pula akan berada dalam skuad
untuk bertemu Afghanistan.
“Kelima-lima pemain ini bukan
digugurkan, tapi mereka tetap akan menjalani latihan ringan dan latihan
pemulihan di Wisma FAM bersama pegawai yang kita khaskan sepanjang tiga hari
skuad kebangsaan berada di Singapura.
“Apabila kami kembali ke tanah
air pada Sabtu ini, mereka akan bersama semula pasukan untuk sesi latihan penuh
sebagai persediaan menghadapi perlawanan bertemu Afghanistan,” kata Kim Swee
yang akan berlepas ke Singapura bersama anak buahnya hari ini.
Menurut pengendali berusia 45
tahun itu, Ronny ketika ini mengalami kecederaan belakang, Nasir mengadu sakit
di pangkal paha manakala Davies, masalah kesihatan.
Berdasarkan senarai akhir itu,
kesemua enam pemain Johor Darul Ta’zim (Johor DT) dan JDT II yang hanya
melaporkan diri pada Isnin lalu kekal bersama pasukan termasuk kapten Mohd Amri
Yahyah.
Selepas aksi menentang
Singapura di Stadium Nasional negara itu, skuad Harimau Malaysia akan kembali
ke tanah air bagi menghadapi satu lagi perlawanan persahabatan dengan
Afghanistan di Stadium Shah Alam pada 11 Oktober ini.
SUMBER-Artikel ini disiarkan
pada : Rabu, 5 Oktober 2016 @ 8:53 AM
Tiada ulasan:
Catat Ulasan