Selasa, 4 Oktober 2016

Zaquan mahu bina kembali reputasi



 
PENYERANG Johor Darul Takzim II (Johor DT), Mohd. Zaquan Adha Abd. Radzak (gambar) tidak sabar untuk membina kembali reputasinya di pentas antarabangsa setelah dipanggil menyertai skuad Harimau Malaysia.

Komitmen bekas pemain Negeri Sembilan itu dipamerkan menerusi kesanggupannya menjalani sesi latihan intensif secara peribadi semata-mata untuk menjaga tahap kecergasan pada peringkat tertinggi.

“Pertama, saya rasa gembira sebab dapat kembali menyertai pasukan kebangsaan. Buat masa ini, saya memang buat latihan secara peribadi. Ia bagi mengekalkan tahap kecergasan,” katanya ketika ditemui pemberita ketika menjalani sesi latihan di Wisma FAM, Kelana Jaya semalam.

Skuad Harimau Malaysia akan menentang Singapura pada aksi antarabangsa di Stadium Nasional Singapura Jumaat ini.
Sumber-Artikel Penuh: http://www.kosmo.com.my/kosmo/content.asp?y=2016&dt=1004&pub=Kosmo&sec=Sukan&pg=su_02.htm#ixzz4M6oH0hKvHakcipta terpelihara

Tiada ulasan:

Catat Ulasan