NORSHAHRUL (kanan) belum fikir
menyertai mana-mana pasukan dalam Liga Malaysia musim depan.
Kuala Lumpur: Penyerang negara,
Norshahrul Idlan Talaha mahu menumpukan sepenuh perhatian kepada skuad
kebangsaan terlebih dulu sebelum membuat keputusan untuk menyertai mana-mana
pasukan menjelang aksi musim baru Liga Malaysia tahun depan.
Menurut pemain berusia 30 tahun
itu, dia masih belum membuat sebarang keputusan menyertai pasukan mana dan
mengakui masih milik Terengganu berikutan kontraknya terikat hingga hujung
bulan ini.
“Selepas bulan ini baru saya
akan membuat keputusan. Tawaran itu memang ada, cuma saya harus pilih
betul-betul sesuai dengan saya,” katanya ketika ditemui media di kem skuad
kebangsaan semalam.
Ditanya sama ada ramai pasukan
yang menagih khidmatnya untuk musim depan, bekas penyerang Perak, Negeri
Sembilan, Kelantan dan Johor Darul Ta’zim (Johor DT) itu mengakui tidak banyak
tawaran diterima.
“Tidak banyak, ada la
sikit-sikit,” kata pemain kelahiran Besut itu yang terkenal dengan nama gelaran
Mat Yo.
Norshahrul pernah membantu
skuad kebangsaan muncul juara Piala AFF pada 2010 ketika di bawah kendalian
Datuk K Rajagobal.
Sumber-Artikel ini disiarkan
pada : Isnin, 7 November 2016 @ 10:36 AM
Tiada ulasan:
Catat Ulasan