Khamis, 3 November 2016

Davies akui saingan sengit

WARTAWAN SINAR HARIAN
2 NOVEMBER 2016
 Matthew Davies
Matthew Davies Pemain skuad Harimau Malaysia giat menjalani latihan pusat di Wisma FAM.
PERTAHANAN kebangsaan, Matthew Davies menyifatkan tiada jalan mudah membarisi kesebelasan utama menjelang saingan Piala AFF Suzuki, bulan depan.

Ini kerana, pemain Pahang itu mengakui saingan pastinya sengit untuk merebut posisi tersebut kerana pemain lain yang dipanggil dalam kem latihan fasa akhir tidak kurang hebatnya,

Bagaimanapun katanya, dia akan tetap memberi yang terbaik dalam latihan pusat skuad Harimau Malaysia bagi mengukuhkan kedudukan untuk berada dalam kesebelasan utama yang akan ke Myanmar.

"Saya tahu persaingan untuk mendapatkan tempat dalam skuad utama amat sukar, tetapi saya sudah bersedia.

"Ketika ini, saya perlu pamer aksi terbaik untuk menarik perhatian jurulatih bagi memastikan saya berada di dalam kesebelasan terakhir," katanya.

Antara pemain pertahanan yang berada dalam senarai 26 pemain ialah Nazirul Naim Che Hashim, Fadhli Mohd Shas, Ronny Harun, Ahmad Khuzaimi Piee, Mohd Rizal Mohd Ghazali, Khairul Helmi Johari, Shahrom Kalam,

Barisan 26 pemain itu akan ke Port Dickson, Negeri Sembilan hari ini hingga 4 November bagi kem bina semangat sebelum kembali meneruskan latihan di Wisma FAM pada 5 November termasuk menghadapi perlawanan persahabatan antarabangsa bertemu pasukan ranking ke-159 dunia, Papua New Guinea di Stadium Shah Alam pada 14 November.

Selepas itu, senarai 23 pemain terakhir dipilih akan diumumkan dan mereka dijadual berlepas ke Yangon, Myanmar pada 16 November untuk menghadapi aksi Kumpulan B saingan Piala AFF yang akan bermula pada 19 November.

SUMBER-SINAR HARIAN ONLINE 2 NOVEMBER 2016

Tiada ulasan:

Catat Ulasan