3 NOVEMBER 2016
ong kim swee Setiausaha Agong
Persatuan Bolasepak Malaysia, Datuk Hamidin Mohd Amin (belakang,kanan) dan
Ketua Jurulatih Harimau Malaysia, Datuk Ong Kim Swee (belakang,tengah) memberi
sokongan ketika sesi latihan Kem Bina Semangat skuad Harimau Malaysia menjelang
Piala Suzuki AFF 2016 di sebuah hotel hari ini. - Foto Bernama
GAMBARAN awal kesebelasan utama
skuad Harimau Malaysia ke Piala AFF di Yangon, Myanmar, bakal ditampilkan dalam
perlawanan antarabangsa 'A' bertemu Papua New Guinea, pada 14 November nanti.
Pengendali skuad negara, Datuk
Ong Kim Swee berkata, kesebelasan yang diturunkan menentang pasukan ranking
ke-159 dunia itu di Stadium Shah Alam nanti, berkemungkinan juga akan diturunkan
bagi menghadapi Kemboja dalam saingan Kumpulan B Piala AFF pada 20 November.
"Kita tahu Kemboja menang
tiga perlawanan pusingan kelayakan yang pastinya memberi mereka kelebihan dari
segi pendedahan serta keyakinan yang tinggi.
"Jadi, kita harus berada
pada tahap yang baik sebelum bermain menentang Kemboja dalam perlawanan pertama
kerana ia penting untuk kita dapatkan kemenangan," katanya kepada
pemberita ketika sesi latihan di Kem Bina Semangat di Port Dickson, hari ini.
Kem tiga hari yang akan berakhir
esok membabitkan 26 pemain skuad Harimau Malaysia. - Bernama
Sumber-SINAR HARIAN ONLINE 3
NOVEMBER 2016
Tiada ulasan:
Catat Ulasan