ARKIB : 28/04/2006
KUALA LUMPUR Lima perlawanan
persahabatan antara yang menarik perhatian menentang skuad Manchester United,
Stoke City dan Slovakia - kesemua pasukan bawah 20 akan menguji skuad bimbingan
K. Rajagopal dalam kunjungan ke England dan Slovakia hujung minggu ini.
Skuad 22 pemain yang akan
berlepas ke England Ahad ini akan menentang Stoke City pada 5 Mei ini sebelum
disusuli bertemu United pada 10 Mei.
Selepas itu skuad kebangsaan
yang dalam persiapan menghadapi pusingan akhir bola sepak Asia bawah 20 di
India Oktober ini akan berkunjung pula ke Slovakia bermula 11 Mei ini.
Sewaktu kunjungan di negara itu
skuad kebangsaan akan menentang skuad kebangsaan Slovakia bawah 20 pada 13 Mei
ini dan diikuti perlawanan persahabatan dengan dua kelab tempat negara itu.
Jurulatih kebangsaan, K.
Rajagopal berkata, sesi latihan dan perlawanan persahabatan yang diatur di
England dan Slovakia selama 20 hari adalah pengalaman amat berguna kepada
pemain.
Yang penting buat pemain,
mereka dapat menimba pengalaman terbaik menentang dengan kelab-kelab terbaik
seusia mereka.
Peluang ini juga akan saya
gunakan untuk melihat tahap mental dan fizikal pemain serta corak permainan
individu dan berpasukan,'' katanya semalam.
SUMBERArtikel Penuh:
http://ww1.utusan.com.my/utusan/info.asp?y=2006&dt=0428&pub=Utusan_Malaysia&sec=Sukan&pg=su_02.htm#ixzz4l4rU5fes
© Utusan Melayu (M) Bhd
Tiada ulasan:
Catat Ulasan