Isnin, 5 Jun 2017

Skuad negara semakin mantap



ARKIB : 23/10/2005

PETALING JAYA - Skuad bola sepak kebangsaan bawah 23 tahun sudah menemui sentuhan mantap dengan peningkatan mendadak menjelang Kejohanan Piala Agribank di Hanoi minggu depan.

Jurulatihnya, Norizan Bakar berkata, walaupun tidak meletakkan sebarang sasaran utama di Hanoi tetapi yang apa yang lebih penting untuk melihat skuad tersebut mempamerkan aksi paling mantap dan ampuh.

``Ujian di Hanoi bertemu Vietnam pada 26 Oktober ini, Jepun bawah 20 tahun (28 Oktober) dan Thailand bawah 23 tahun (30 Oktober) adalah ujian sebenar kepada pasukan saya.

``Di kejohanan inilah saat paling penting untuk saya melihat adunan kesebelasan paling mantap akan diketahui sebelum mengharungi temasya Sukan Sea di Manila, November ini,'' katanya pada sidang akhbar selepas majlis berbuka puasa media bersama skuad bawah 23 tahun di Wisma FAM, Kelana Jaya di sini, semalam.

Norizan menambah, persembahan kurang bermaya sewaktu lawatan ke Emiriah Arab Bersatu (UAE) tidak boleh dijadikan ukuran.

``Skuad yang akan ke Hanoi esok telah banyak berubah sejak pulang dari UAE, pemain makin menunjukkan kemantapan dan persefahaman yang baik,'' ujarnya.

Sewaktu latihan di Dubai skuad negara menang ke atas kelab Sukan Dubai 4-2 dan tewas kepada Al-Ahly (0-2) serta Kelab Sukan Al-Wasl (1-4).

sumberArtikel Penuh: http://ww1.utusan.com.my/utusan/info.asp?y=2005&dt=1023&pub=Utusan_Malaysia&sec=Sukan&pg=su_03.htm#ixzz4j9G5KkMZ
© Utusan Melayu (M) Bhd

Tiada ulasan:

Catat Ulasan