ARKIB : 08/03/2006
SINTOK - Skuad kebangsaan Bawah
23 Tahun berpeluang membalas dendam atas kekalahan tipis 1-2 kepada Thailand
pada Sukan SEA di Filipina tahun lalu apabila berkunjung ke negara tersebut
untuk siri perlawanan persahabatan mulai 19 Mac ini.
Sebagai persediaan, anak-anak
buah jurulatih Norizan Bakar akan menentang pasukan Kedah dalam satu aksi
persahabatan di Stadium Darul Aman, Alor Star, malam ini.
Menurut Norizan, skuad Bawah 23
Tahun ini akan dibarisi oleh pemain yang beraksi ketika perlawanan persahabatan
menentang New Zealand dan di Sukan SEA Filipina.
``Mereka yang dipanggil ke
skuad kebangsaan ini telah dinilai semasa mewakili negeri dan kelab
masing-masing,'' katanya.
SUMBERArtikel Penuh:
http://ww1.utusan.com.my/utusan/info.asp?y=2006&dt=0308&pub=Utusan_Malaysia&sec=Sukan&pg=su_04.htm#ixzz4koGI7A1D
© Utusan Melayu (M) Bhd
Tiada ulasan:
Catat Ulasan