Isnin, 26 Jun 2017

Skuad B-20 kita kalah



ARKIB : 21/05/2006
SKUAD Bawah 20 Tahun Malaysia mengakhiri siri kunjungan ke Slovakia dengan tunduk 0-4 kepada Bawah 21 Tahun negara Eropah itu dalam perlawanan bola sepak persahabatan di Stadium ViOn, kelmarin.

Anak didik K. Rajagopal ini yang mempamerkan persembahan terbaik selepas tiga perlawanan, hanya tewas akibat kekurangan segi fizikal dan taktikal.

Mereka yang akan menghadapi Kejohanan Belia Asia di India, Oktober ini, sebenarnya menentang lawan yang baru kembali setelah seri 1-1 dengan Itali dalam satu perlawanan persahabatan.

Malaysia turun dengan kesebelasan yang hampir sama ketika menewaskan Spartak Trnava 5-2, Selasa lalu kecuali Wan Aliff Jasmi yang menggantikan Amar Rohidan tetapi hilang rentak dengan dua gol babak pertama.

Roznik Matej menyumbat hasil sepakan sudut pada minit kesembilan manakala Jurco Pavol menambah, tiga minit sebelum rehat sedang Khyril Muhaymeen Zamri dan Zaquan Adha Razak cuba menghidupkan barisan tengah.

Rajagopal cuba membuat beberapa pertukaran pemain dan berjaya mengubah corak permainan tetapi jaringan Janic Lucas dan Curgalu Ondrej terlalu sukar disekat pada minit ke-73 dan 78.

SUMBER-Artikel Penuh: http://ww1.utusan.com.my/utusan/info.asp?y=2006&dt=0521&pub=Utusan_Malaysia&sec=Sukan&pg=su_04.htm#ixzz4l6UlRDju
© Utusan Melayu (M) Bhd

Tiada ulasan:

Catat Ulasan