ARKIB : 12/12/2005
PETALING JAYA - K. Rajagopal
mengakui Myanmar mempunyai pasukan yang bagus tetapi anak-anak buahnya telah
bersedia untuk membalas kekalahan 1-0 di Palembang, Sumatera pada Ogos lepas
apabila bertemu semula dalam pusingan kelayakan Kejohanan Belia Asia.
Pusingan pertama peringkat
Kumpulan I antara Malaysia dengan Myanmar itu akan berlangsung di Stadium
Bolasepak Kuala Lumpur di Cheras. Perlawanan kedua akan berlangsung di Thuwunna
Jumaat ini.
Brunei yang sebelum ini diundi
ke dalam kumpulan yang sama telah menarik diri.
Ia adalah pertemuan ketiga
kedua-dua pasukan tahun ini dengan pertemuan terdahulu memihak kepada Myanmar.
``Permainan mereka begitu
pantas, banyak berlari dan begitu banyak tenaga,'' katanya
SUMBERArtikel Penuh:
http://ww1.utusan.com.my/utusan/info.asp?y=2005&dt=1212&pub=Utusan_Malaysia&sec=Sukan&pg=su_05.htm#ixzz4jSH43t00
© Utusan Melayu (M) Bhd
Tiada ulasan:
Catat Ulasan