ARKIB : 14/12/2005
KUALA LUMPUR - Kelebihan dua
gol belum menjamin keselesaan buat skuad kebangsaan bawah 20 tahun apabila
bertemu Myanmar pada saingan kedua kelayakan Piala AFC di Yangon, Jumaat ini.
Lebih getir bertandang ke
Yangon bukan setakat menentang 11 pemain Myanmar tetapi lebih merisaukan
apabila berdepan dengan puluhan ribu penyokong tuan rumah yang dikhuatiri
bertindak liar menjelang pertemuan tersebut.
Kemenangan 4-2 memberikan
sedikit kelegaan kepada skuad kebangsaan yang hanya perlu seri bagi mengesahkan
tempat ke pusingan akhir di India Ogos depan, tetapi pada masa yang sama para
pemain dibayangi rusuhan di Stadium Bola Sepak Kuala Lumpur (KLFA) kelmarin
berulang di Yangoon.
Jurulatih K. Rajagopal mengakui
pemain dibayangi kebimbangan bermain di Yangon.
Menurut beliau, insiden rusuhan
penyokong di Stadium KLFA menyebabkan pemain kebangsaan hilang tumpuan dan
membolehkan Myanmar memperoleh dua gol ketika selesa mendahului 4-0.
SUMBERArtikel Penuh:
http://ww1.utusan.com.my/utusan/info.asp?y=2005&dt=1214&pub=Utusan_Malaysia&sec=Sukan&pg=su_04.htm#ixzz4jSNCdRD7
© Utusan Melayu (M) Bhd
Tiada ulasan:
Catat Ulasan