ARKIB : 07/03/2006
KUCHING - Kejohanan bola sepak
antara yang tertua di Asia, Pestabola Merdeka kembali dihidupkan pada 24 Ogos
ini dengan namanya ditukar kepada Piala Merdeka setelah kali terakhir
berlangsung, enam tahun lalu.
Naib Presiden Persatuan Bo-la
Sepak Malaysia (FAM) Datuk Raja Ahmad Zainuddin Raja Omar berkata, selain tuan
rumah, kejohanan ini akan mengundang Thailand, Myanmar dan Indonesia sebagai
permulaan.
``Skuad kebangsaan bakal
bertambah mantap menerusi kejohanan ini. Tiga negara ini pula dipilih kerana mereka
dulunya pasukan tetap Pestabola,'' katanya selepas majlis undian pusingan kedua
Piala FA di Hotel Hilton di sini, semalam.
Sejak 1957, Malaysia
menjuarainya 10 kali dengan yang terakhir, menewaskan Korea Selatan 3-1 pada
1993. Uzbekistan pula muncul juara edisi terakhir 2001 setelah menumpaskan
Bosnia-Herzegovina
2-1.
Mengenai Sesi Lampas Minda bagi
mengubah format Liga Malaysia, kata Raja Ahmad, FAM tidak boleh tergesa-gesa
melaksanakannya kerana bimbang banyak pihak yang akan merungut dan membantah
selepas itu.
``FAM tidak mahu selepas format
baru itu berjalan, timbul pula masalah atau rungutan lain. Justeru kita hanya
akan mencari rumusan terbaik selepas membuat kajian yang mendalam ke atas
cadangan itu,'' katanya.
Hampir 100 pegawai pasukan negeri
dan kelab gabungan FAM menghadiri sesi itu yang antaranya menyarankan 12
pasukan dalam Liga Super berbanding lapan ketika ini dan 12 pasukan Liga
Perdana daripada 16 yang sedia ada.
SUMBERArtikel Penuh:
http://ww1.utusan.com.my/utusan/info.asp?y=2006&dt=0307&pub=Utusan_Malaysia&sec=Sukan&pg=su_05.htm#ixzz4koCEoF9k
© Utusan Melayu (M) Bhd
Tiada ulasan:
Catat Ulasan