Jumaat, 2 Jun 2017

Malaysia kempunan bergelar juara



ARKIB : 20/08/2005

KUALA LUMPUR - Gol yang dijaringkan seawal minit kedua permainan membolehkan Myanmar menewaskan Malaysia 1-0 untuk muncul juara Kejohanan Persekutuan Bola Sepak Asia Tenggara (AFF) Bawah 20 Tahun di Jakarta, semalam.

Pemain muda berbakat, Hla Aye Htwe memusnahkan impian Malaysia dengan menanduk masuk bola ketika pemain negara masih tercari-cari rentak.

Walaupun menguasai permainan selepas itu, Malaysia gagal menghasilkan gol penyamaan apatah lagi gol kemenangan.

Pasukan bimbingan jurulatih K. Rajagopal yang kehilangan beberapa pemain utama kerana mengalami kecederaan jelas kecewa sebaik wisel penamat dibunyikan.

Setiausaha Agung FAM, Datuk Dr. Ibrahim Saad yang turut berada di Jakarta menyaksikan perlawanan akhir itu bagaimanapun memuji semangat pemain muda negara.

``Kita kalah tetapi dari segi keseluruhan permainan, kita sebenarnya lebih baik daripada Myanmar,'' kata-nya.

Keputusan itu sekaligus menyaksikan Malaysia gagal menebus kekalahan 1-2 kepada Myanmar di peringkat kumpulan sebelum ini.

Namun pencapaian mereka pada kejohanan ini agak memberansangkan apabila mengejutkan Thailand menerusi kemenangan 3-1, mengikat Indonesia dengan keputusan seri 3-3 dan membelasah Brunei 12-0.

Pada perlawanan separuh akhir pula skuad muda negara menewaskan Laos dengan 2-1

SUMBERArtikel Penuh: http://ww1.utusan.com.my/utusan/info.asp?y=2005&dt=0820&pub=Utusan_Malaysia&sec=Sukan&pg=su_05.htm#ixzz4irhl3N9M
© Utusan Melayu (M) Bhd

Tiada ulasan:

Catat Ulasan