ARKIB : 16/04/2006
KUALA LUMPUR - Malaysia
terselamat daripada diundi bersama juara bertahan, Korea Selatan tetapi
menghadapi laluan getir kerana menyertai Iraq dan Arab Saudi dalam Kumpulan D
pusingan akhir Kejohanan Bola Sepak Belia Asia, Oktober ini.
Undian di Kolkata semalam,
turut menyaksikan Vietnam sebagai anggota pelengkap kumpulan ini yang mungkin
masih menyimpan dendam kekalahan 0-1 kepada Malaysia, dua tahun lalu.
Malaysia mara ke pusingan akhir
di Kolkata dari 29 Oktober hingga 12 November ini setelah menewaskan Myanmar
tetapi disekat China 0-3 pada suku akhir 2004 di Kuala Lumpur.
Hanya Aidil Zafuan Razak dan
Zaquan Adha Razak serta Safiq Rahim yang kini tercedera lutut, pernah beraksi
pada 2004. Malaysia juga merupakan naib juara kejohanan 1959 setelah dikalahkan
Korea Selatan 1-2.
Tuan rumah, India pula
menyertai Korea Selatan, Kyrgyzstan dan Jordan membentuk Kumpulan A manakala
China, Thailand, Amiriah Arab Bersatu (UAE) dan Australia menganggotai Kumpulan
B.
Kumpulan C pula menampilkan
Jepun, Iran, Tajikistan dan Korea Utara dengan hanya empat pasukan yang mara ke
separuh akhir, akan mewakili Asia ke Kejohanan Belia Dunia di Kanada, tahun
depan.
Sementara itu, anak didik K.
Rajagopal ini tewas 3-5 kepada Balestier Khalsa pada perlawanan pusingan
pertama Piala Singapura di Stadium Toa Payoh, Singapura, semalam.
Gol Malaysia dijaringkan oleh
Farderin Kadir pada minit ke-45, Khyril Muhaymeen, tiga minit kemudian dan
penyerang utama pasukan, Zaquan pada minit terakhir.
SUMBER-Artikel Penuh:
http://ww1.utusan.com.my/utusan/info.asp?y=2006&dt=0416&pub=Utusan_Malaysia&sec=Sukan&pg=su_02.htm#ixzz4l41l3bfc
© Utusan Melayu (M) Bhd
Tiada ulasan:
Catat Ulasan