Khamis, 8 Jun 2017

Malaysia layak ke Piala AFC



 ARKIB : 17/12/2005

KUALA LUMPUR - Malaysia melayakkan diri ke pusingan akhir Piala AFC bawah 20 tahun di India tahun depan walaupun tewas 0-1 kepada Myanmar pada perlawanan bola sepak kelayakan Kumpulan I di Stadium Youth Training Center Thuwuna, Yangon, semalam.

Skuad bimbingan K. Rajagopal layak menerusi agregat 4-3 selepas menewaskan Myanmar 4-2 pada saingan pertama di Stadium Bola Sepak Kuala Lumpur (KLFA), Isnin lepas.

Kejayaan itu memastikan Malaysia ke pusingan akhir menyertai penyandang juara, Korea Selatan, Iraq, Arab Saudi, Emiriah Arab Bersatu (UAE), Tajikistan, Iran, Thailand, Vietnam, China, Jepun dan tuan rumah India.

Bagaimanapun kejayaan yang diraih oleh Malaysia penuh berliku apabila beraksi dalam suasana tegang di hadapan penyokong tuan rumah kira-kira 7,000 orang.

Pekik sorak penyokong tuan rumah selain ada sebahagian daripada mereka membaling objek ke arah pemain kebangsaan nyata tidak melemahkan semangat untuk mengekang setiap gerakan Myanmar cuba mencari gol awal.

Rajagopal yang menurunkan kesebelasan utama ketika menang 4-2 ke atas Myanmar di Kuala Lumpur Isnin lepas berjaya mengimbangi corak permainan pantas pasukan tuan rumah.

Bagaimanapun agak melegakan sepanjang tempoh 90 minit babak berlangsung dalam suasana tegang namun tidak ada berlaku kejadian yang tidak diingini.

Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM) sebelum ini menghantar permohonan kepada AFC untuk meminta mengadakan gelanggang berkecuali ekoran insiden tegang membabitkan tindakan ganas penyokong-penyokong Myanmar terhadap penyokong tuan rumah pada pertemuan pertama di Kuala Lumpur.

Namun, permohonan FAM itu ditolak oleh AFC yang terus mengekalkan pertemuan kedua diadakan di Yangon

SUMBERArtikel Penuh: http://ww1.utusan.com.my/utusan/info.asp?y=2005&dt=1217&pub=Utusan_Malaysia&sec=Sukan&pg=su_04.htm#ixzz4jSVgxmMt
© Utusan Melayu (M) Bhd

Tiada ulasan:

Catat Ulasan