Sabtu, 3 Jun 2017

Skuad kita menang percuma



ARKIB : 01/09/2005

KUALA LUMPUR - Skuad bola sepak Bawah 23 negara berpeluang cerah ke separuh akhir Kejohanan Remaja Persekutuan Bola Sepak ASEAN (AFF) di Bangkok selepas mendapat kemenangan percuma untuk perlawanan pembukaan mereka di Kejohanan Remaja Persekutuan Bola Sepak ASEAN (AFF) berikutan kelewatan Timor Leste tiba di Bangkok.

Menurut pengurus skuad negara, Mohammad Bakar yang dihubungi di Bangkok, Timor Leste hanya dijangka tiba petang ini.

Berikutan kelewatan itu, Malaysia telah diberikan kemenangan - mendapat tiga mata dengan kemenangan 3-0.

Malaysia, yang berada dalam Kumpulan A, akan menentang Filipina malam ini, yang dijangka tidak mendatangkan masalah kepada skuad negara.

``Pencabar kuat Malaysia di kejohanan ini hanyalah Myanmar yang akan ditemui dalam perlawanan terakhir,'' kata Mohammad.

Dalam perlawanan tunggal yang dilangsungkan kelmarin di Stadium Supachalasai, Myanmar bermula dengan persembahan meyakinkan apabila mereka mengalahkan Filipina 4-2.

Sementara itu, Thailand menundukkan Laos 3-1 dalam aksi Kumpulan B kelmarin manakala Singapura mengalahkan Kemboja 3-2.

sumberArtikel Penuh: http://ww1.utusan.com.my/utusan/info.asp?y=2005&dt=0901&pub=Utusan_Malaysia&sec=Sukan&pg=su_03.htm#ixzz4iw6ocAns
© Utusan Melayu (M) Bhd

Tiada ulasan:

Catat Ulasan