ARKIB : 17/07/2006
KUALA LUMPUR Skuad Olimpik
Malaysia mencatat keputusan seri tanpa jaringan dengan skuad Olimpik Afrika
Selatan dalam perlawanan pertama, daripada dua perlawanan yang dijadualkan di
Katlehong dalam siri Jelajah Bola Sepak di Afrika Selatan, kelmarin.
Pasukan negara, yang sebelum
ini seri 2-2 dalam aksi persahabatan dengan kelab tempatan, Wit University di
Strruck Park, Selasa lalu akan menentang Afrika Selatan dalam perlawanan kedua,
hari ini.
Kelmarin, pasukan bimbingan
jurulatih, B. Sathianathan itu mempamer aksi seimbang dengan Afrika Selatan dan
hampir memperoleh gol pertama menerusi Mohd. Shakir Shaari pada minit 27, namun
rembatannya dari luar kotak penalti sedikit tersasar dari pintu gol.
Benteng pertahanan Malaysia
wajar dipuji apabila berjaya mematahkan percubaan Afrika Selatan, yang sering
melancarkan serangan bertali arus dan memiliki barisan pemain yang jauh lebih
berpengalaman.
Pujian juga harus diberikan
kepada penjaga gol negara, Mohd. Farizal Harun yang banyak menyelamatkan
percubaan lawan.
Selepas babak pertama berakhir
tanpa sebarang jaringan, pasukan negara cuba bangkit dengan aksi agresif di
separuh masa kedua, dan memperoleh percubaan terbaik menerusi Norshahrul Idlan
Talaha pada minit ke-49.
Tendangan lambungnya hampir
mengelirukan penjaga gol Arika Selatan, yang bagaimanapun berjaya menepis bola
untuk kedudukan terikat 0-0 hingga tamat permainan.
Menurut jurulatih negara, B.
Sathianathan, keputusan perlawanan di Afrika Selatan akan menjadi gelanggang
utama buatnya untuk menentukan barisan pemain yang bakal membawa cabaran
Malaysia pada pusingan kelayakan Sukan Olimpik 2008, yang akan di Beijing
SUMBERArtikel Penuh:
http://ww1.utusan.com.my/utusan/info.asp?y=2006&dt=0717&pub=Utusan_Malaysia&sec=Sukan&pg=su_04.htm#ixzz4lIAnh0cI
© Utusan Melayu (M) Bhd
Tiada ulasan:
Catat Ulasan