Khamis, 8 Jun 2017

Malaysia yakin atasi Myanmar



ARKIB : 10/12/2005
KUALA LUMPUR - Tewas dalam dua pertemuan terakhir menentang Myanmar, tidak membimbangkan skuad Malaysia apabila mengulangi pertemuan itu pada pusingan kelayakan Piala Konfederasi Bola Sepak Asia (AFC) bawah 20 tahun, Isnin ini.

Sebaliknya, anak-anak buah jurulatih, K. Rajagopal optimis kemenangan mampu dicatat sekali gus membawa bekalan seesa ke Yangon pada 16 Disember ini.

Skuad negara kalah kepada Myanmar dalam dua perlawanan pada Kejohanan Remaja Piala AFF, Ogos lalu, tewas 1-2 di peringkat kumpulan dan 0-1 pada saingan akhir.

Kepulangan dua pemain tengah, Mohd. Bunyamin Umar dan Mohd. Asraruddin Putra Omar yang baru selesai menjalani peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) akan memantapkan lagi pasukan.

Kehadiran dua tonggak utama itu mampu menyokong jentera serangan yang sebelum ini dikenali pasti sebagai masalah utama.

``Ada beberapa faktor yang menyebabkan kita tewas kepada Myanmar dalam perlawanan Piala AFF lalu, tetapi secara keseluruhannya kita adalah pasukan yang lebih baik daripada mereka,'' kata Rajagopal di Wisma FAM, Kelana Jaya, semalam

sumberArtikel Penuh: http://ww1.utusan.com.my/utusan/info.asp?y=2005&dt=1210&pub=Utusan_Malaysia&sec=Sukan&pg=su_02.htm#ixzz4jQy1kzbD
© Utusan Melayu (M) Bhd

Tiada ulasan:

Catat Ulasan