Jumaat, 2 Jun 2017

Malaysia berpesta gol



ARKIB : 14/08/2005

KUALA LUMPUR - Skuad kebangsaan layak ke separuh akhir Kejohanan Persekutuan Bola Sepak Asia Tenggara (AFF) bawah 20 tahun selepas berpesta gol menewaskan Brunei 12-0 dalam perlawanan terakhir Kumpulan A di Palembang, semalam.

Lebih menarik pemain tengah, Shafiq Jamal menjaringkan lima gol bagi membantu kejayaan membelasah Brunei.

Kekalahan skuad kebangsaan bawah 20 tahun kepada Myanmar 1-2 dua hari lepas langsung tidak menjejaskan semangat juang anak didik K. Rajagopal untuk mengiringi tuan rumah Indonesia ke separuh akhir.

Kemaraan skuad kebangsaan yang mencipta jaringan besar itu turut dibantu oleh kejayaan Indonesia menewaskan pendahulu kumpulan Myanmar 4-3 dalam perlawanan lain.

Hanya perbezaan gol yang besar membolehkan anak didik Rajagopal mengesahkan kemaraan ke separuh akhir.

Di peringkat awal skuad kebangsaan mengejutkan Thailand menerusi kemenangan 3-1 sebelum mengikat Indonesia dengan keputusan seri 3-3.

Pada perlawanan separuh akhir nanti skuad kebangsaan dijangka bertemu Laos pada 17 Ogos ini.

SUMBER-Artikel Penuh: http://ww1.utusan.com.my/utusan/info.asp?y=2005&dt=0814&pub=Utusan_Malaysia&sec=Sukan&pg=su_04.htm#ixzz4ir4CYURj
© Utusan Melayu (M) Bhd

Tiada ulasan:

Catat Ulasan