Khamis, 29 Jun 2017

Tuding jari tidak selesai masalah – FAM



ARKIB : 27/07/2006

KUANTAN – Menuding jari mencari kesalahan Persatuan Bolasepak Malaysia (FAM) tidak akan menyelesaikan masalah mutu bola sepak negara merosot, kata timbalan presidennya Tengku Abdullah Sultan Ahmad Shah.

Sambil melahirkan rasa kecewanya dengan kedudukan pasukan negara di ranking dunia ke-146, beliau berkata, seluruh rakyat perlu memberi pandangan dan kritikan bernas bagi membolehkan FAM melahirkan pasukan berkualiti dan mampu meningkatkan kedudukannya ke taraf dunia.

“Saya tidak mahu menyalahkan mana-mana pihak yang mengkritik FAM sebelum ini tetapi mereka perlu memahami tugas FAM dalam memilih pemain terbaik di peringkat akar umbi.

Kualiti

“Tapi kalau di peringkat akar umbi tidak mempunyai kualiti, bagaimana FAM boleh melahirkan pasukan yang berkualiti?” katanya ketika ditemui pemberita di sini, semalam.

Tengku Abdullah berkata, FAM telah memperkenalkan pelbagai program dalam usaha mencungkil bakat pemain pada usia muda secara berperingkat melalui persatuan bola sepak negeri, kelab, daerah dan juga pertandingan liga.

Beliau berkata, FAM akan mengadakan rundingan dengan Majlis Sukan Negara (MSN) bagi memperkemaskan program pembangunan bola sepak bermula daripada peringkat akar umbi.

– Bernama

SUMBERArtikel Penuh: http://ww1.utusan.com.my/utusan/info.asp?y=2006&dt=0727&pub=Utusan_Malaysia&sec=Sukan&pg=su_01.htm#ixzz4lNKP8npp
© Utusan Melayu (M) Bhd

Tiada ulasan:

Catat Ulasan