ARKIB : 13/12/2005
KUALA LUMPUR - Dua jaringan
menerusi ketua pasukan, Mohd. Zaquan Adha Abdul Razak membantu Malaysia
menewaskan Myanmar 4-2 pada perlawanan pertama bola sepak kelayakan Piala AFC
Bawah 20 Tahun di Stadium Bolasepak Kuala Lumpur, semalam.
Kemenangan tersebut sekali gus
mencerahkan laluan Malaysia untuk beraksi di pusingan akhir pertandingan itu di
India, tahun depan.
Bagaimanapun pasukan bimbingan
K. Rajagopal perlu terlebih dulu mempertahankan kelebihan jaringan tersebut
apabila bertandang ke Yangoon untuk perlawanan di tempat lawan pula, Jumaat
ini.
Gol-gol Malaysia dijaringkan
Zaquan (m-35, 51), Faderin Kadir (m-14) dan Mohd. Khyrill Muhaimin Zamri
(m-16).
Gol Myanmar pula dijaringkan
Tun Min Min (m-65) dan Than Si Thu (m-79).
Perlawanan semalam berlangsung
dalam suasana agak tegang sehingga menyaksikan seorang pemain Myanmar
dilayangkan kad merah.
Kira-kira 2,000 penonton
menyaksikan perlawanan itu di mana 80 peratus daripadanya adalah adalah
penyokong Myanmar.
Ini menyebabkan timbul sedikit
kekecohan apabila sebahagian penyokong Myanmar bergaduh dengan penyokong
Malaysia.
Mereka mencabut kerusi tempat
duduk penonton dan membaling ke arah penyokong Malaysia.
Tindakan lewat pihak polis
meleraikan pergaduhan menyebabkan keadaan kecoh itu berlangsung selama 10 minit
sebelum keadaan kembali terkawal.
SUMBER-Artikel Penuh:
http://ww1.utusan.com.my/utusan/info.asp?y=2005&dt=1213&pub=Utusan_Malaysia&sec=Sukan&pg=su_04.htm#ixzz4jSLtrX5U
© Utusan Melayu (M) Bhd
Tiada ulasan:
Catat Ulasan