24 Jun 2017 3:00 AM
MELAKA 23 Jun – Pengendali
skuad Bawah 22 (B-22) negara, Datuk Ong Kim Swee akan menentukan kesebelasan
utama pasukannya bagi menghadapi Sukan SEA Kuala Lumpur 2017 selepas sambutan
Aidilfitri.
Beliau berkata pemilihan
barisan pemain itu akan dilakukan setelah selesai sesi latihan fasa kedua yang
akan diadakan selepas sambutan Hari Raya ini.
“Kami akan memanggil semula
pemain pada 5 Julai, dan buat masa ini masih terlalu awal bagi saya membuat
keputusan untuk memilih pemain,” katanya kepada pemberita selepas tamat
perlawanan persahabatan menentang Melaka United di Stadium Hang Jebat di sini
malam tadi.
Melaka United beraksi cemerlang
apabila membelasah skuad B-22 negara 5-1 dalam perlawanan persahabatan
tersebut.
Kim Swee berkata beliau akan
menamakan kesebelasan utama skuad muda negara itu sebelum beraksi dalam
Pusingan Kelayakan AFC B-23 di Bangkok, Thailand bulan depan.
“Senarai akhir akan hanya kita
umumkan dalam latihan terakhir sebelum kita bertolak ke Bangkok pada 17 Julai,”
katanya.
Mengulas mengenai perlawanan
malam tadi, Kim Swee berkata anak buahnya kepenatan setelah mengharungi jadual
padat ketika menjalani latihan selama lapan hari di China, baru-baru ini.
SUMBERArtikel Penuh:
http://www.utusan.com.my/sukan/bola-sepak/kim-swee-pilih-kesebelasan-utama-selepas-aidilfitri-1.496505#ixzz4lTYJnDrT
© Utusan Melayu (M) Bhd
Tiada ulasan:
Catat Ulasan