Khamis, 1 Jun 2017

Empat perlawanan uji kesebelasan Bicskei



ARKIB : 06/08/2005

KUALA LUMPUR - Pasukan bola sepak negara bawah 23 tahun yang berlepas ke Poland Selasa lepas akan bermain empat perlawanan di negara timur Eropah itu sebagai persiapan awal menghadapi Sukan SEA di Manila November ini.

Hari ini pasukan mengandungi 22 pemain itu akan mengadakan perlawanan pertama menentang Kelab Rypin, kira-kira 40km dari pusat penginapan skuad negara di Wloclawek, kata Persatuan Bolasepak Malaysia (FAM) dalam kenyataan di sini, semalam.

Perlawanan kedua pula ialah menentang pasukan Kujawiak dua hari kemudian sebelum menamatkan lawatan dengan dua perlawanan menentang pasukan Poland bawah 21 tahun pada 8 dan 10 Ogos ini.

Pasukan kebangsaan, di bawah bimbingan jurulatih Bertalan Bicskei akan pulang sehari selepas perlawanan terakhir itu.

Selepas lawatan ke Poland, pasukan negara akan menyertai kejohanan pra-Sukan SEA di Bangkok akhir bulan ini sebelum memulakan kempen Sukan SEA di Manila dari 27 November hingga 5 Disember.

Pada kejohanan di Bangkok nanti, Malaysia berada dalam kumpulan bersama dengan juara bertahan Sukan SEA, Thailand, Myanmar, Filipina dan Timor Leste. - Bernama

SUMBER-Artikel Penuh: http://ww1.utusan.com.my/utusan/info.asp?y=2005&dt=0806&pub=Utusan_Malaysia&sec=Sukan&pg=su_01.htm#ixzz4inasE7wL
© Utusan Melayu (M) Bhd

Tiada ulasan:

Catat Ulasan