ARKIB : 15/02/2006
Ads by Kiosked
PETALING JAYA - Skuad pelatih
bola sepak kebangsaan memasukkan kembali sayap kiri Perak, R. Surendran tetapi
menggugurkan pemain tengah TNB, Yazli Yahya sebelum berlepas ke New Zealand,
hari ini untuk perlawanan persahabatan.
Surendran, antara pemenang pingat
gangsa Sukan SEA Filipina, tahun lalu, mendapat kepercayaan semula penolong
jurulatih, Nasir Yusof selepas didapati cergas beraksi bersama Perak dalam Liga
Super dan Piala FA, minggu lalu.
Tonggak depan skuad Seladang
itu pada latihan fasa pertama, diketepikan bersama benteng Selangor, P. Gunalan
dan sayap kiri Pahang, Indra Putra Mahyuddin gara-gara kecederaan dan masalah
peribadi.
Kata Nasir, seramai 22 pelatih
dibawa ke Christchurch untuk menentang skuad All White itu pada Ahad ini
diikuti satu lagi persahabatan di Albany, Auckland, empat hari kemudian.
``Kami bawa mereka lebih awal
untuk menyambung sesi latihan fasa kedua di sana. Kesemua pemain akan diuji
termasuk Saramsak Kram (penyerang Kedah) yang cedera ringan pada buku lali,''
katanya di sini.
Menurut Nasir, ketua jurulatih,
Norizan Bakar yang baru pulang daripada mengerjakan haji di Mekah, terus
menyertai skuad pelatih negara mulai semalam.
Malaysia yang menjadikan aksi
ini sebagai persediaan awal menghadapi pusingan akhir Piala Asia 2007, berada
di tempat ke-123 dalam senarai Persekutuan Bola Sepak Antarabangsa (FIFA)
manakala lawan, 120.
Mengikut rekod FIFA, dua
pertemuan terakhir kedua-dua negara pada 13 dan 19 Ogos 2000 di Kuala Lumpur,
berkesudahan dengan All White seri tanpa jaringan dan menang 2-0.
Sementara itu, skuad Bawah 20
Tahun Malaysia pula akan mengunjungi Kolkata, India untuk mengadakan tiga
perlawanan persahabatan bagi menghadapi pusingan akhir Kejohanan Belia Asia,
Oktober ini.
Jurulatih, K. Rajagopal
berkata, mereka akan menentang East Bengal, Jumaat ini; Mogan Bagan (20
Februari ini) dan sama ada skuad kebangsaan India atau Bawah 23 Tahunnya, tiga
hari kemudian.
Skuad kebangsaan:
Syamsuri Mustaffa, Faizal
Rashid, Nasril Nourdin, Norhafiz Zamani Misbah, Kaironnisam Sahabudin Hussain,
K. Linggam, Ronny Harun, V. Thirumurugan, Ahmad Azlan Zainal, Mat Saiful
Mohamad.
Zairo Anuar Zalani, Fadzli
Saari, K. Nanthakumar, Fazli Baharuddin, Hardi Jaafar, Azi Shahril Azmi, Rudie
Ramli, Safee Sali, Saramsak Kram, Mohizam Dawood Shah, Amri Yahyah, R.
Surendran
sumberArtikel Penuh:
http://ww1.utusan.com.my/utusan/info.asp?y=2006&dt=0215&pub=Utusan_Malaysia&sec=Sukan&pg=su_09.htm#ixzz4kk0tq3FD
© Utusan Melayu (M) Bhd
Tiada ulasan:
Catat Ulasan