Sabtu, 10 Jun 2017

Dua ujian sebelum ke New Zealand



 
ARKIB : 26/01/2006
NASIR Yusof (kanan) memberikan arahan kepada skuad pelatih bola sepak kebangsaan selepas sesi latihan di Wisma FAM, Kelana Jaya, semalam bagi menghadapi New Zealand, bulan depan. - Gambar SAHARUDDIN ABDULLAH.

PETALING JAYA - Skuad pelatih bola sepak kebangsaan bakal menggunakan dua perlawanan persahabatan dengan dua pasukan Liga Malaysia untuk membuat saringan awal pemilihan barisan pemain menghadapi New Zealand, bulan depan, lapor ABDUL HAFIZ AHMAD.

Dua perlawanan yang salah satunya menentang pasukan Liga Perdana, Polis di Wisma FAM, Kelana Jaya pada Jumaat ini, turut menjadi kayu pengukur penolong jurulatih, Nasir Yusof selain menilai prestasi semasa mereka sepanjang sesi latihan pusat.

``Kami tengah mencari satu lagi perlawanan persahabatan selepas Polis bersetuju tetapi perlu menanti mana-mana pasukan yang kelapangan masa setelah mereka baru menamatkan persaingan liga, masing-masing,'' katanya.

Menurut beliau, sesi latihan di Wisma FAM, lebih banyak menekankan aspek kecergasan pemain dan memupuk keserasian dan persefahaman gandingan tonggak senior dan muka baru yang dipanggil menjalaninya sejak kelmarin hingga Selasa depan.

Skuad negara yang majoritinya dibentuk daripada 10 pemain Bawah 23 Tahun yang meraih pingat gangsa Sukan SEA Filipina, bulan lalu, akan menghadapi New Zealand di Christchurch dan Albany, Auckland pada 19 dan 23 Februari ini.

Hanya pemain Selangor, Amri Yahyah yang tidak hadir kelmarin kerana menghadapi perlawanan persahabatan dengan skuad Bawah 23 Tahun Singapura, menyertai skuad 19 pelatih kebangsaan semalam yang tetap berlatih dalam hujan lebat hampir setengah jam.

Enam lagi pelatih - Indra Putra Mahyuddin, Fadzli Saari, Norhafiz Zamani Misbah, Azi Shahril Azmi, Saramsak Kram dan P. Gunalan dikecualikan masing-masing kerana masalah peribadi, aksi terakhir Liga Super Pahang-Perlis dan kecederaan

SUMBERArtikel Penuh: http://ww1.utusan.com.my/utusan/info.asp?y=2006&dt=0126&pub=Utusan_Malaysia&sec=Sukan&pg=su_02.htm#ixzz4jcGz2nvW
© Utusan Melayu (M) Bhd

Tiada ulasan:

Catat Ulasan