ARKIB : 03/06/2006
SEREMBAN - Malaysia dan
Singapura masing-masing tetap memburu kemenangan biarpun hanya akan bertembung
sekali lagi dalam perlawanan bola sepak persahabatan di Stadium Tunku Abdul
Rahman, Paroi di sini, malam ini.
Jurulatih Malaysia, Norizan
Bakar turut mahukan anak buahnya mempamerkan aksi terbaik kali ini bagi menebus
kembali kekalahan mereka 4-5 menerusi penentuan penalti selepas terikat 0-0 di
Stadium Nasional, Singapura dalam siri pertama, Rabu lalu.
Kita memandang serius setiap
perlawanan yang akan berlangsung dan akan menurunkan skuad yang terbaik untuk
menghadapi lawan, katanya pada sidang akhbar di sini, semalam.
Kita mempunyai gandingan
mantap 22 pemain gabungan daripada pemain Bawah 23 Tahun dan tonggak senior
untuk dipertaruhkan dalam memburu kemenangan di sini, katanya.
Sementara itu, jurulatih
Singapura, Radjoko Avramovic berkata, pertemuan malam ini dijangka sengit selain
meriah kerana mungkin dibanjiri penonton tempatan yang mahu merayakan majlis
penyerahan trofi Liga Super kepada Negeri Sembilan.
Keadaan ini pastinya akan
memberikan peluang kepada pemain muda Singapura untuk belajar bermain di
hadapan penonton yang ramai, kata jurulatih dari Serbia-Montenegro itu
Sumber-Artikel Penuh:
http://ww1.utusan.com.my/utusan/info.asp?y=2006&dt=0603&pub=Utusan_Malaysia&sec=Sukan&pg=su_02.htm#ixzz4lAG2r6Kt
© Utusan Melayu (M) Bhd
Tiada ulasan:
Catat Ulasan