Rabu, 7 Jun 2017

Malaysia tewaskan Thailand



ARKIB : 21/11/2005

PETALING JAYA - Persiapan skuad bawah kebangsaan menjelang saingan kelayakan Kejohanan Bola Sepak Piala AFC bawah 20 tahun bulan depan, tampak cemerlang selepas menewaskan Thailand bawah 20 tahun 3-1 dalam perlawanan persahabatan di Stadium Petaling Jaya, malam tadi.

Tiga gol pada babak pertama menerusi Farderin Kadir, Mohd. Zaquan Abd. Razak, dan ketua pasukan Mohd. Aidil Zafuan Abd. Razak membuktikan jentera serangan skuad kebangsaan makin menunjukkan peningkatan.

Sebelum ini, jurulatih K. Rajagopal tampak resah dengan sentuhan jaringan skuad bimbingannya longlai apabila berada di depan pintu gol lawan.

Tiga kemenangan dalam tempoh seminggu selepas skuad kebangsaan menewaskan Maldives 2-1 dan 3-0 minggu lalu, membuktikan skuad kebangsaan sudah bersedia untuk berdepan dengan Myanmar bulan depan.

Skuad kebangsaan akan mengharungi kelayakan pusingan pertama berdepan dengan Myanmar di Kuala Lumpur pada 12 Disember ini sebelum bertandang ke Rangon pada 16 Disember.

SUMBER-Artikel Penuh: http://ww1.utusan.com.my/utusan/info.asp?y=2005&dt=1121&pub=Utusan_Malaysia&sec=Sukan&pg=su_04.htm#ixzz4jKJEkHqi
© Utusan Melayu (M) Bhd

Tiada ulasan:

Catat Ulasan