ARKIB : 01/08/2005
KUALA LUMPUR - Ramezeay Che Ros
yang tidak tersenarai dalam 22 pemain skuad bawah 23 tahun negara ke Poland
Selasa ini, kembali dipilih oleh ketua jurulatih, Bertalan Bisckei.
Penyertaan Ramezeay sebagai
penjaga gol di samping Saiful Amar Sudar dalam kunjungan dua minggu ke Poland
dibuat berikutan kecederaan pemain pilihan utama Bisckei, Anis Faron Arsidi.
Kelmarin, skuad yang sedang
dalam persediaan menghadapi Sukan SEA XXIII di Manila, November ini,
mengalahkan Negeri Sembilan 3-1 pada perlawanan persahabatan di Wisma FAM,
Kelana Jaya.
Khairulzal Azmi Zaihiruddin,
Fadzli Shaari dan Safee Sali menjaringkan gol sekali gus mencatatkan dua
kemenangan pasukan selepas empat perlawanan persahabatan dengan pasukan liga
perdana sejak lebih dua minggu lalu.
Sejak dikumpulkan dalam sesi
latihan pusat pada 17 Julai lalu, skuad bimbingan jurulatih kelahiran Hungary
ini seri dengan MK Land 1-1, mengalahkan Kuala Lumpur 1-0 dan kalah kepada
Telekom Melaka 0-1.
Mengenai perlawanan dengan
Negeri Sembilan, naib juara Liga Perdana itu, Bisckei berkata, permainan
pasukan menunjukkan kemajuan dengan kesemua 22 pemain ke Poland ini mendapat
peluang membuktikan kemampuan masing-masing.
Sekurang-kurangnya tiga
perlawanan sedang diatur sempena kunjungan ke negara Eropah Timur itu termasuk
menentang skuad bawah 21 tahunnya dan kelab bahagian dua dan tiga.
``Saya sedang menguji Fadzli
sebagai ketua pasukan apabila bermain di Poland. Sukar bagi saya mencari calon
lain bagi tugas itu tetapi kita masih ada banyak masa untuk mengubah suai,''
kata beliau.
Selepas ke Poland, skuad yang
disasarkan meraih pingat emas di Manila ini, akan bermain pada Kejohanan Pra
Sukan SEA di Thailand, dan berkunjung ke Dubai, Amiriah Arab Bersatu (UAE) pada
September dan Oktober.
Barisan pemain
Penjaga gol: Saiful Amar Sudar,
Ramezeay Che Ros.
Benteng: K. Linggam, Razman
Roslan, S. Sathiakumaran, K. Puvendran Naidu, Ahmad Azlan Ismail, Faizal Desa,
Saiful Mohamad, Ronny Harun.
Tengah: Fadzli Shaari, Zairo
Anuar Zalani, Zulkifli Yusof, Harizul Izuan Rani, Azi Shahril Azmi, Ghazali
Zainul Rashid.
Penyerang: R. Surendran, Haris
Safwan Kamal, Khairulzal Azmi, Safee Sali, Amir Shahreen Mubin, Badrul Azam
Zamri.
SUMBER-Artikel Penuh:
http://ww1.utusan.com.my/utusan/info.asp?y=2005&dt=0801&pub=Utusan_Malaysia&sec=Sukan&pg=su_03.htm#ixzz4ilMvsc8w
© Utusan Melayu (M) Bhd
Tiada ulasan:
Catat Ulasan