ARKIB : 10/08/2007
KUCHING Robert Alberts
mempunyai formula rahsia untuk menjinakkan pasukan pilihan, Chelsea yang akan
melayan Malaysia pada perlawanan kedua Kumpulan D Piala Juara-Juara Belia (CYC)
di Stadium Sarawak, hari ini.
Tanpa memperincikan taktik yang
akan digunakan, jurulatih skuad bawah 19 tahun kebangsaan itu diramal memberi
tumpuan di jentera serangan.
Jika benar, ia berbeza dengan
corak permainan bertahan dengan meletakkan hanya seorang penyerang menerusi
formasi 4-5-1 ketika menentang Bayern Munich, kelmarin.
Keupayaan menembusi gawang
lawan menerusi serangan balas pada perlawanan menentang Bayern mungkin
menerbitkan keyakinan Alberts untuk mempertaruhkan serangan lebih kerap ke kubu
lawan.
Saya ada perancangan sendiri
untuk pemain negara pada perlawanan esok (hari ini) tetapi biarlah ia menjadi
rahsia.
Apa yang dapat saya katakan
semangat dan kesungguhan pemain berada pada tahap tertinggi selepas aksi
bertenaga walaupun tewas 1-2 kepada Bayern Munich semalam (kelmarin), katanya
selepas sesi latihan, semalam.
Walaupun tewas, persembahan
pasukan muda negara mendapat pujian. Ramai yang berpendapat jika tidak kerana
keputusan pengadil yang kurang memihak kepada pasukan negara, Malaysia dilihat
sekurang-kurangnya mampu mengikat Bayern.
Sumber-Artikel Penuh:
http://ww1.utusan.com.my/utusan/info.asp?y=2007&dt=0810&pub=Utusan_Malaysia&sec=Sukan&pg=su_03.htm#ixzz4vNp1Hijk
© Utusan Melayu (M) Bhd
Tiada ulasan:
Catat Ulasan