Mohd Fitrie Muhamad
mfitrie@bh.com.my
Petaling Jaya: Walaupun baru
kali pertama bersama Harimau Malaya, Syamer Kutty Abba nyata berjiwa besar
untuk menyumbangkan sesuatu buat pasukan.
Pemain Pulau Pinang itu
mengidamkan tempat dalam kesebelasan utama namun pada masa sama dia mengaku
perlu bekerja keras untuk meyakinkan jurulatih, Nelo Vingada.
Berstatus ‘adik bongsu’, Syamer
berkata, kejayaan di Sukan SEA turut memainkan peranan sehingga dipanggil
menyertai skuad kebangsaan dan mengharapkan kehadirannya dapat memberi sesuatu
yang positif buat pasukan.
“Pastinya saya gembira apabila
dipanggil dan saya cukup berterima kasih kepada jurulatih. Kini saya tidak
sabar untuk memulakan aksi.
“Mungkin sebelum ini orang
tidak kenal Syamel tetapi Alhamdulillah selepas itu orang mula nampak. Nyata
pentas itu banyak membantu saya hingga dipanggil sertai pasukan kebangsaan.
“Semua pemain mahu berada dalam
kesebelasan utama namun bergantung kepada jurulatih kerana beliau yang kenal
pemain yang diinginkan,” katanya ketika ditemui semalam.
Bagaimanapun, Syamer tidak
berkecil hati sekiranya gagal menempatkan diri dalam skuad utama kerana sedar
dia perlu bersaing dengan pemain senior lain yang sudah terbukti kemampuan
mereka bersama pasukan masing-masing.
“Setakat ini saya hanya
betul-betul kenal enam pemain (skuad Sukan SEA). Tetapi hari ini (semalam)
segala-galanya berjalan lancar dan pemain senior banyak membantu.
“Saya mahu balas kepercayaan
jurulatih dan cuba beri apa yang dia mahukan. Atas kertas, memang sukar dan
saya terpaksa bersaing namun sekurang-kurangnya kehadiran saya dapat beri lebih
banyak pilihan di posisi tengah,” katanya.
SUMBER-Artikel ini disiarkan
pada : Khamis, 5 Oktober 2017 @ 11:35 AM
Tiada ulasan:
Catat Ulasan