ARKIB : 20/10/2007
SULTAN Ahmad Shah (tengah)
berbincang dengan Timbalan Presiden FAM, Datuk Redzuan Sheikh Ahmad (kiri) dan
Khairy Jamaludin pada majlis rumah terbuka Hari Raya Aidilfitri di Kuala
Lumpur, semalam.
PETALING JAYA Skuad Malaysia
bawah 19 tahun mendapat kepercayaan menyertai saingan Liga Perdana musim
2007/2008.
Skuad yang dilatih oleh
jurulatih, K. Rajagopal turut bersaing dalam kempen Piala FA menggantikan
tempat pasukan Singapura B23 yang tidak dijemput menyertai Liga Malaysia musim
ini.
Ia diputuskan pada mesyuarat
kedua Exco Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM) yang dipengerusikan oleh
Presidennya, Sultan Ahmad Shah.
Timbalan Presiden FAM, Khairy
Jamaluddin berkata, mesyuarat Exco sebulat suara menyokong cadangan skuad bawah
19 menyertai saingan Liga Malaysia musim baru ini.
Menurut beliau, penyertaan
skuad bimbingan Rajagopal adalah sebahagian daripada usaha FAM untuk memberi
pendedahan lebih kepada skuad remaja kebangsaan kepada perlawanan yang lebih
kompetitif.
Selain bersaing dalam saingan
Liga Perdana bersama 12 pasukan lain, skuad bawah 19 juga akan menyertai
pertandingan Piala FA menggantikan tempat skuad Singapura B23 yang tidak
dijemput musim ini, ujarnya.
Khairy menyatakan demikian pada
sidang akhbar selepas mesyuarat Exco badan induk itu di Wisma FAM, Kelana Jaya
di sini, semalam.
Mesyuarat Exco kata Khairy
turut mengambil keputusan menarik balik kebenaran ke atas Brunei DPMMM
bertanding dalam Piala Malaysia.
Menurut beliau, keputusan untuk
menarik balik penyertaan DPMMM dalam saingan Piala Malaysia dengan alasan kelab
itu bukanlah ahli gabungan FAM tetapi sebaliknya sebagai pasukan jemputan.
Penyertaan dalam pertandingan
Piala Malaysia adalah daripada pasukan-pasukan yang bergabung dengan FAM,
ujarnya.
Sehubungan itu, katanya, UPB/MyTeam
telah dipilih untuk menggantikan tempat DPMMM selain Johor FC - dua kelab
terbaik yang dibenarkan bertanding dalam Piala Malaysia.
Begitupun kata Khairy,
kedudukan Brunei dalam kempen Liga Super dan Piala FA tidak terjejas.
SUMBERArtikel Penuh: http://ww1.utusan.com.my/utusan/info.asp?y=2007&dt=1020&pub=Utusan_Malaysia&sec=Sukan&pg=su_02.htm#ixzz4vjqvG7L8
© Utusan Melayu (M) Bhd
Tiada ulasan:
Catat Ulasan