ARKIB : 06/12/2007
KORAT Kapten Singapura,
Baihakki Khaizan mengakui, mereka sepasukan semakin bersemangat untuk melangkah
ke separuh akhir bola sepak lelaki Sukan SEA Korat selepas mengukir kejayaan
gemilang dengan menumbangkan naib juara 2005, Vietnam 3-2 dalam perlawanan
Kumpulan B, Isnin lalu.
Katanya, corak permainan mantap
dan diiringi keserasian padu itu wajar diulangi apabila mereka turun melayani
Malaysia di Stadium Surapala Keetha Sathan Universiti Teknologi Suranaree di
sini, Sabtu ini.
Corak sedemikian wajar
dikekalkan apatah lagi kami bermain dengan 10 orang kerana kad merah hampir
setengah jam permainan, katanya di Perkampungan Atlet, semalam, menjelang
pertemuan dengan skuad bimbingan B. Sathianathan itu.
Menurut Baihakki, semua orang
tahu pertemuan Malaysia-Singapura sentiasa getir malah tiada siapa pun yang
mampu mendabik dada bahawa mereka lebih mudah ke separuh akhir termasuk Laos
yang menduduki tempat tercorot kumpulan setakat ini dengan satu mata.
Katanya, Malaysia memiliki
sedikit kelebihan kerana gandingan dan persefahaman mereka yang dibentuk sejak
sebelum Pestabola Merdeka, Ogos lalu malah sentiasa mendapat pendedahan.
Cuma saya dan Khairul Amri
yang merupakan pemain berpengalaman kali ini jika dibandingkan Malaysia,
katanya.
Pendapatnya turut disokong oleh
jurulatih Singapura, Radojko Avramovic dari Serbia yang menyifatkan Malaysia
lebih berpengalaman kerana ramai pemain beraksi pada Kelayakan Piala Dunia
menentang Bahrain pada 21 dan 28 Oktober lalu.
Semua pemain perlu diawasi,
katanya tanpa mahu merujuk ayam tambatan B. Sathianathan, Safee Sali.
Malaysia menewaskan Singapura
3-1 pada separuh akhir Pestabola Merdeka Ogos lalu sebelum menjulang trofi
dengan menewaskan Myanmar 3-1.
Utusan
sumberArtikel Penuh:
http://ww1.utusan.com.my/utusan/info.asp?y=2007&dt=1206&pub=Utusan_Malaysia&sec=Sukan&pg=su_06.htm#ixzz4w2vnhEQ8
© Utusan Melayu (M) Bhd
Tiada ulasan:
Catat Ulasan